Dzikir Waktu Pagi dari Kitab Bidayatul Hidayah | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Dzikir Waktu Pagi dari Kitab Bidayatul Hidayah

Dari Kitab Bidayatul Hidayah

Dan hendaklah pula engkau fikirkan susunan waktumu dengan menentukan wirid yang engkau baca disepanjang hari nanti supaya engkau dapat menyempurnakan wirid-wirid yang luput dari sebab kelemahanmu, dan hendaklah engkau fikirkan bagaimana engkau boleh menjaga diri di sepanjang hari dan hendaklah pula engkau berniat untuk membuat kebaikan kepada orang-orang Islam, dan hendaklah engkay bercita-cita bahawa engkau di sepanjang hari nanti tidak membuat sesuatu kecuali hanya taat kepada Allah Taala. Dan hendaklah engkau berniat membuat ketaatan yang termampu engkau laksanakannya, dan hendaklah engkau pilih yang terlebih afdhal di antara segala ketaatan dan hendaklah engkau fikirkan dengan teliti bagaimana cara mempersiapkan kemudahan pelaksanaan ketaatan tersebut. Dan jangan lupa engkau memikirkan bahawa ajalmu itu sangat dekat kepadamu, dan bahawa kematian itu bila-bila sahaja boleh datang memutuskan segala rencanamu, dan bahawa kematian itu di luar daripada ikhtiarmu dan engkau fikirkan juga betapa besarnya kerugian dan penyesalan bagi seseorang yang tidak membuat persiapan untuk matinya.

Dan hendaklah tasbih dan zikirmu itu dibahagikan kepada sepuluh bahagian.



Download PDF : KLIK SINI

Pertama :

لاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Ertinya : “Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Allah yang bersendirian. Tidak ada sekutu bagiNya. Di tanganNya segala kebaikan dan Dia berkuasa atas segala sesuatu”.


Kedua :

لاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ الْمُلْكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ

Ertinya : “Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Allah yang memiliki segala kerajaan dan kebenaran yang menampakkan (jalan yang lurus)”.


Ketiga :

لاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ، رَبُّ السَّمٰوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيْزُ الْغَفَّارُ

Ertinya : “Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Allah yang Maha Esa, lagi Maha Perkasa, Tuhan yang memiliki segala di langit dan dibumi dan barang yang antara keduanya, Tuhan yang Maha Gagah lagi Pengampuni”.


Keempat :

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا وَاللّٰهُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمٌ

Ertinya : “Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah dan tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Allah dan Allah Maha Besar dan tidak ada daya dan upaya kecuali hanya dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Kelima :

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوْحِ

Ertinya : “Maha Suci Allah Taala lagi Maha Bersih (Tuhan kami) dan Tuhan Malaikat dan Jibrail”.


Keenam :

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللّٰهِ الْعَظِيْمِ

Ertinya : “Maha Suci llah dengan segala pujian, Maha Suci Allah Yang Maha Agung”.


Ketujuh :

أَسْتَغْفِرُ اللّٰهِ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ، وَأَسْأَلُهُ التَّوْبَةَ وَالْمَغْفِرَةَ

Ertinya : “Aku meminta ampun akan Allah yang Maha Agung, yang tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Dia, iaitu Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri. Aku memohon kepadaNya akan taubat dan keampunan dosa”.


Kelapan :

اَللّٰهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَاالْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Ertinya : “Ya Allah! Tidak ada yang menghalang bagi apa yang Engkau berikan karunia. Dan tidak ada yang memberi karunia bagi apa yang Engkau halangkan. Dan tidak ada yang dapat
menolak bagi apa sahaja yang Engkau putuskan. Dan tidak memberi manfaat akan sesuatu kekayaan disisiMu oleh orang yang kaya”.


Kesembilan :

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Ertinya : “Ya Allah! Curahkanlah rahman dan salah sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kepada keluarganya dan para sahabatnya”.


Kesepuluh :

بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Ertinya : “Dengan nama Allah yang tidak dapat memberi mudarat dengan berkat disebut namaNya oleh sesuatu yang ada di bumi ataupun di langit.
Dan Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.


Semoga bermanfaat.

Share dan sebarkan

No comments