Khutbah Jumaat Johor | 22 Feb 2019
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 22 Februari 2019
17 Jamadil Akhir 1440
TAJUK : Hidup Berhikmah Satu Tuntutan
1) Firman Allah Surah An-Nahl/125 bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhan mu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, sesungguhnya Tuhan mu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".
2) Petunjuk berdakwah- manusia ada bermacam-macam jenis; dakwah secara berhikmah; digariskan oleh ajaran Islam; mengajak manusia ke jalan kebenaran; pilih kaedah sesuai; beri nasihat ikut suasana, keadaan, keperibadian seseorng.
3) Maksud hikmah- pengetahuan yang mendalam dan pertimbangan yang waras ketika menentukan tindakan; ambil kira sebab dan kesan yang timbul akibat tindakan; akibat keputusan yang ingin dibuat.
4) Hikmah- anugerah Allah paling berharga; Allah ajar semua Nabi tentang hikmah; mereka paling istimewa dan paling berilmu; manusia layak miliki hikmah dari kalangan yang beriman.
5) Berhikmah dalam kehidupan- tuntutan agama; meliputi pemikiran perkataan tindakan; meliputi setiap individu; melangkaui jantina kedudukan dan agama; menatijahkan sesuatu yang baik.
6) Orang yang dianugerahi hikmah- punyai ilmu mendalam; mampu mengamalknnya; benar dalam perkataan dan perbuatan; menempatkan sesuatu pada tempatnya dengan adil; mampu memahami dan menerapkan hukum Allah.
7) Hikmah juga merujuk kepada perbuatan akhlak mulia seperti firman Allah Surah Al-Furqan/63 bermaksud: "Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yg diredhaiNya) ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak di ingini".
8) Sifat hikmah- sesuai untuk mengurus apa jua urusan; bila-bila masa mana-mana tempat dalam apa-apa keadaan; mengajak masyarakat menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia; dengan pendekatan yang mudah; berperingkat-peringkat; ikut tahap kemampuan masyarakat; beri impak baik dari penyampaian yang berkesan.
9) Kelebihan berhikmah :-
9.1) miliki keyakinan dalam melaksanakan kebenaran
9.2) jadikan iman dan ilmu asas utama
9.3) mampu sampaikan ilmu dengan pelbagai pendekatan
9.4) miliki semangat juang dengan melaksanakan amr maaruf nahi munkar
9.5) berfikiran positif dalam mencari penyelesaian
9.6) perkataan dan perbuatan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW
10) Firman Allah Surah Al-Baqarah/269 bermaksud: "Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yg berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yg di tentukanNya)
dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya".
بارك الله لي ولكم ...
------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
No comments