Design for Dawah. Upah design. Travel & Umrah. Tips Travel.

Friday, 22 March 2019

Big Bad Wolf Johor 2019 TERBAIK!



Assalammualaikum.

Nak share pada pembaca yang suka membaca. Tadi sempat aku ke jualan buku BIG BAD WOLF JOHOR 2019 di Mydin Mutiara Rini, Johor.

Kepada ibu bapa yang sedang mencari buku latihan untuk anak-anak, aku cadangkan untuk korang datang ke sini sebab kt sini buku-buku semua murah. Sangat murah. Tapi buku-buku stok lama. Alhamdulillah. Aku sendiri pun dapat banyak buku untuk anak-anak di sini.


Tempat di Mydin Mutiara Rini. Jualan ini dibuat di tempat parking Mydin. Alhamdulillah parking tak la susah mana cuma bila ramai orang tu, kena la bersabar lebih sikit. Nak parking kt tepi jalan pun boleh, tapi atas risiko sendirilah.

Buku latihan untuk anak sekolah rendah pun banyak lagi. Murah-murah. Sebuah RM2 je.. 

Buku-buku lain pun banyak.

Yang kaki baca komik pun ada banyak pilihan. Ini bukan 2nd hand Ini buku baru. 
Cuma masa nak membayar tu agak crowded. Tapi petugas mereka memang cemerlang. Kawal keadaan sebaiknya untuk semuanya berjalan lancar. Sebab korang barang la semua orang beli buku berbakul-bakul, setroli penuh buku.

So kepada yang belum lagi pergi. Atau tengah search kt google pasal Big Bad Wolf Johor 2019, memang korang patut datang! Dari 21 - 31 Mac 2019.


#bigbadwolfboooks
#bigbadwolfjohor2019
#bigbadwolfjohor
#BBWJOHOR2019
#BBWJOHOR

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Wednesday, 20 March 2019

Gelombang HABA Boleh Mengakibatkan Strok Haba


Lakaran gambarajah ini adalah kawasan dijangka menerima gelombang haba yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia. Setakat jam 4.45 ptg 19 Mac 2019

Dinasihatkan kepada semua agar tidak terlalu terdedah kepada terik matahari pada waktu tengahari dan petang kerana boleh membahayakan kesihatan badan kita.

Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37C untuk tiga hari berturut-turut.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Tuesday, 19 March 2019

Aduh! Adsense kena blok sebulan.

Aduhaii..

Aku baru tengah rajin nak berblog, adsense plak kena blok. Ngokngek betol la.

Sebenarnya aku baru perasan, bila banyak klik pada iklan dalam blog kita, duit semakin bertambah. Jadi aku syok la meng klik iklan je dalam blog aku. Ni aku baru terima email mengatakan ada aktiviti tak sihat berlaku. Hehehe.



Ok. Jadi iklan adsense aku kena blok sebulan. Ye SEBULAN!

Semoga Allah mudahkan.

Harap-harap aku boleh dapat lebih pembaca lagi lepas ni. InsyaAllah.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Monday, 18 March 2019

Cara Mohon Tauliah Penceramah di Johor



Assalammualaikum.

Kali ni aku nk sharekan cara untuk mendapatkan tauliah penceramah atau ustaz-ustaz dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Sekarang ni, Alhamdulillah, banyak masjid-masjid baru dibina di taman-taman perumahan baru. Tak kurang juga surau-surau bagi masyarkat kecil dalam sesebuah komuniti. Banyak juga majlis-majlis ilmu berjalan dari kuliah subuh, kuliah maghrib dan sesetengah tempat mempunyai kelas pengajian kitab atau talaqqi kitab dari guru-guru agama yang bertauliah.

Untuk nak anjurkan majlis-majlis ilmu atau majlis-majlis zikir ini, masjid perlulah mendapatkan tauliah bagi penceramah dan juga kebenaran untuk menganjurkan majlis dari pihak MAINJ.

Mungkin ada yang belum tau. Aku cuma share kan dari pengalaman aku sendiri. InsyaAllah.



1. Ini adalah untuk permohonan melalui Pejabat Kadi Daerah. Kalau di Johor Bahru, mohonlah di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru, Tingkat 2, Blok B, Majlis Agama Islam Negeri Johor.

2. Jumpa pegawai yang ada di kaunter dan tanyakan bagaimana untuk anda dapatkan borang B.

Nanti dia akan berikan anda borang B dan isikan.

3. Sebaiknya, untuk anjurkan majlis, mohonlah 2-3 minggu sebelum majlis anda.

4. Sertakanlah bersama poster majlis dan biodata penceramah jemputan / ustaz pembimbing atau resume.

5. Biasanya permohonan ini diproses dalam 5 hari bekerja. Tapi biasanya hari ke-3 dah siap dah.

Sebaiknya dapatkan borang yang original dari pejabat Kadi Daerah. Mungkin borang ini telah dikemaskini.

Semoga bermanfaat kepada semua.




------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Bonda Sultan Johor Mangkat


Al Fatihah

Takziah diucapkan kepada Bonda Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad yang telah mangkat pada malam tadi.

Berita ini telah dimuat naik dalam status facebook THE ROYAL JOHOR pagi tadi.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahman.

Amiin.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Buat Duit Online | Jual Stock Video

Assalammualaikum

Semoga semua yang membaca sentiasa dalam rahmat Allah Yang Maha Pengasih.

Kali ini aku nak share lagi cara buat duit online dengan menjual stock video. Ye! Jual video yang anda ambil dari telefon pintar anda atau dari camera point & shoot ataupun dari kamera video professional.

Kini dengan adanya telefon pintar yang semakin hari semakin canggih. Camera di telefon pun dah macam kamera video professional. Ditambah pula dengan memori telefon pintar yang semakin besar yang mana anda boleh shoot seberapa banyak video dari aktiviti anda seharian dan jualnya untuk kegunaan orang lain.

Tapi video yang hendak dijual tu mestilah berkualiti. Contohnya; video janganlah terlalu tergetar dan terlalu banyak ada pergerakan. Panjang video pula jangan kurang dari 10 saat. Ye!! 10 SAAT SAHAJA!!

Anda boleh cuba search dulu dari mana-mana website microstock seperti Shutterstock atau banyak lagi yang lain. Cuba cari tab Stock Video. Di situ anda boleh preview stock video orang lain yang telah berjaya di listkan untuk dijual.

Aku nk share kan salah satu tempat yang aku subscribe dan guna untuk jual stock video.

Blackbox Global
Aku jual di Blackbox Global. So far baru 10 video. Dari group yang aku join, diorang bagitau, paling kurang 50 video dah upload, baru senang skit nk dapat hasilnya.

Ok. Video-video yang kita upload di Blackbox Global ni, diorang akan jual plak ke syarikat-syarikat microstocker lain yang ada. Jadi kita tak perlu sakit kepala untuk nk upload di setiap tempat lain. Sebab setiap kali korang upload, korang kena masukkan detail setiap video tu dan yang paling pentingnya, KEYWORD kenalah bersesuaian dengan video agar lebih mudah dijual dan dicari oleh pelanggan.


Aku nk tunjuk pun segan sebab belom ada hasil. Tapi tak pela.. pelan-pelan kayuh, insyaAllah.

Dalam Blackbox ni ada satu lagi kelebihannya yang mana kita boleh buat kerjasama dengan orang lain yang mungkin ada banyak video yang perlu di edit dan di upload ke Blackbox. Jadi mereka memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan itu semua dan hasil jualan video tersebut akan di bahagikan mengikut seperti yang dipersetujui. Semua ini di setkan secara automatik oleh BlackboxGlobal dan anda boleh lihat semua maklumat di dashboard.

Kalu korang berminat untuk nak join BlackboxGlobal ni, jom masuk KLIK REFERAL aku ni

Ini tak sama mcm korang upload video ke youtube. Cara buat duit dengan youtube lain. Anda perlu ada content yang bagus dan baru anda dapat view yang bagus.

Stock video ini adalah klip atau video pendek yang mana mungkin akan digunakan untuk iklan, drama dan kadang-kadang filem wayang pun gunakan stock video ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Sila komen dan sharekan pendapat anda.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Sunday, 17 March 2019

Buat Duit Online FREE!! Hanya jawab survey!

Assalammualaikum..

Aku nak share kepada mereka yang selalu datang melawat ke blog aku ini sama ada nk tempah design atau pun sekadar merayap-rayap je di alam maya ni.

Ok aku nak share sikit dengan korang yang suka atau mencari-cari cara atau jalan untuk buat duit secara online di internet ni. Aku baru join website ni.


Klik sini --> http://www.clixsense.com/?14453510
Korang klik link di atas ni dan join menggunakan URL Affiliate aku ni.

Daftarlah dan jawab la soalan-soalan survey dengan jujur. InsyaAllah akan berhasil. Yang penting kena istiqomah.

Jujur aku nk cakap, aku pun baru je join website ni dan belom lagi dapat apa-apa hasil fizikal. So far yang aku tengok, rate harga survey pun bleh tahan.

Untuk korang yang nak buat keja-keja online ni, aku cadangkan untuk dapatkan sebuah pc atau pun laptop. Telefon pintar sahaja tidak mencukupi kerana kadang-kadang tak semua benda dapat dipaparkan di telefon pintar dan hanya boleh dilihat dalam skrin laptop atau pc.

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Saturday, 16 March 2019

Tempah Design Poster/Banner Murah Sekarang!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MURAH | PANTAS | MUDAH

Harga dan tawaran untuk upah design grafik adalah seperti berikut : 
  • Banner / Bunting - RM 35 - 50
  • Billboard (saiz besar) - RM 50
  • Logo Simple - RM 20 - 50
  • Business Card - RM 30 - 45
  • Flyers / Brochures / Poster - RM 30 - 45
  • Sticker - RM 25 - 45
  • Resume - RM 20
  • Testimoni - RM 35 (Template) RM 8-10. Untuk setiap Testimoni seterusnya.
  • Kad Jemputan - Tunang, Perkahwinan, Birthday, Perpisahan Kesyukuran dll jemputan - RM25-45 (Mengikut saiz, dan design yang diinginkan)
  • Edit Gambar (cth : Peribadi,Kahwin, Kelas, Pasport, dll) - RM 10 - 20

👍🏻 Harga di bawah RM 50 untuk satu design. 💵 

Bayaran adalah melalui bank in / tranfer / cash.  - 📧 -


Design akan dihantar melalui e-mail, whatsapp & telegram. 


🙆🏻 Anda tidak perlu untuk bersemuka dgn saya dan hanya berurusan melalui teknologi terkini.


💁🏼 Detail seperti contoh gambar/lakaran gambaran perlu diberikan.


🙋🏼 Design adalah mengikut kehendak pelanggan dan keativiti saya.


🙅🏼 Harga diatas hanyalah Upah Design Sahaja Tidak Termasuk Print.



Perubahan MELEBIHI 3x AKAN dikenakan cas tambahan RM10. 


Klik SINI untuk PREVIEW semua hasil kerja saya. InsyaALLAH.

----------------------------
Hubungi saya sekarang : 

design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Thursday, 14 March 2019

BAHAYA tumpahan minyak dan langkah pencegahan



Bencana Tumpahan Bahan Kimia Di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

BAHAYA tumpahan minyak dan langkah pencegahan.

Sumber : @KKMPutrajaya

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

SEMUA SEKOLAH DI PASIR GUDANG DIARAH TUTUP SERTA MERTA!


KENYATAAN MEDIA – UNTUK SIARAN SEGERA: SEMUA SEKOLAH DI DAERAH PASIR GUDANG DIARAH TUTUP SERTA MERTA

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Wednesday, 13 March 2019

13 SEKOLAH DITUTUP


Berita terkini di JOHOR.

13 Buah Sekolah Ditutup atas sebab pembuangan sisa kimia di Pasir Gudang.


Sebarkn Kpda Rakyat Johor!!
Update
13 sekolah yang terletak berhampiran kejadian pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor akan ditutup mulai 13.3.2019.
Kerja kerja pembersihan sedang dilakukan oleh pihak kontraktor dengan seliaan jabatan alam sekitar.
Penduduk berhampiran disarankan untuk menjauhi kawasan yang terlibat
Kredit: Public Health Malaysia

Sekolah yang terlibat ada adalah :
1. SK Taman Pasir Putih
2. SMK Taman Pasir Putih
3. SK Pasir Putih
4. SK Tanjung Puteri Resort
5. SMK Tanjung Puteri Resort
6. SK Kota Masai 2
7. SMK Kota Masai 2
8. SK Kota Masai 3
9. SMK Kota Masai
10. SK Kota Masai
11. SK Perigi Acheh
12. Sekolah Agama Kampung Pasir Putih
13. Sekolah Agama Taman Pasir Putih

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Sunday, 10 March 2019

Istighfar Bulan Rejab Bersama Habib Umar



Assalammualaikum

Ayo sama-sama ikut bacaan Al Habib Umar Bin Hafiz dan amin bersama Istighfar Bulan Rejab.
Share dan sebarkan.
Semoga mendapat manfaat bersama. Amiin.




------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Saturday, 9 March 2019

Pakaian Unit Beruniform Sekolah bagi Murid Sekolah Rendah

Saja la nak share kan pakaian uniform lengkap Unit Beruniform Sekolah masing-masing. Ramai juga ibu bapa yang masih tercari-cari dan tak pasti pakaian yang bagaimana harus dibeli.

Tahun 2019 ini, sekolah akan mengadakan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 2019, setiap Ahad minggu ke-3 (bagi negeri Johor). Jadi setiap murid dikehendaki memakai pakaian lengkap unit beruniform masing-masing. Aku sendiri pun mencari gak di google.

Dulu masa aku sekolah, memang setiap Sabtu ada aktiviti kokurikulum. Rasa berbaloi ada uniform sebab ada aktiviti. Tapi murid sekarang ni, beli uniform mahal-mahal, aktiviti cuma sebulan sekali je. 😁

Ini contoh-contoh gambar yang saya ambil dari internet bagi unit beruniform masing-masing.

Pakaian Uniform Pengakap Murid Lelaki

Pakaian Uniform Pengakap Murid Perempuan

Pakaian Uniform Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Murid Perempuan

Pakaian Uniform Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Murid Lelaki

Pakaian Uniform Pandu Puteri Tunas

Pakaian Uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Pakaian Uniform Pertubuhan Puteri Islam Malaysia (PPIM)


Semoga membantu dan bermanfaat.


Kredit kepada :
Unit Kokurikulum SK SERI BUDIMAN

------------------------------------

Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :


Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com

Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah
Share:

Logo SK Kangkar Pulai 2, Johor Bahru | Vector



Logo SK Kangkar Pulai 2

Download vector klik SINI.

Semoga bermanfaat.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Logo YADIM Baru | Vector



Logo YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) yang terkini.

Download klik SINI.

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Logo Masjid Bandar Permas Jaya Johor Bahru | Vector

Logo Masjid Bandar Permas Jaya Johor Bahru Vector

Download klik SINI

Semoga bermanfaat.

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Stress Nak Cari Kerja



Assalammualaikum

Aku terpanggil dengan berita yang baru-baru disiarkan "Tikam diri akibat tekanan, tiada kerja"

Ya Allah. Sampai macam itu sekali tekanan seorang belia berusia 32 tahun bertindak diluar fikiran manusia yang berakal sehingga sanggup membunuh diri. Tahukah anda bahawa membunuh diri ini adalah berdosa besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah.

Allah sedang memberi dugaan kepada kita dan ia adalah bersesuaian dengan kita kerana DIA sendiri Maha Mengetahui segala tentang kita. Oleh itu, hendaklah kita bersabar dan sentiasa berusaha dan bertawakkal kepada DIA.


KEPADA FRESH GRADUATE

Kepada fresh graduate yang baru habis belajar dan ingin mencari kerja, Hantar la resume anda ke mana sahaja yang anda mahu dan mampu. Sementara menunggu pekerjaan yang anda betul-betul minat, buatlah kerja yang boleh mendatangkan pendapatan untuk sementara waktu. Buanglah ego anda sedikit. Yang paling penting, jangan tinggal solat!!

Solat itu PENTING!

Lakukan amal ibadat yang lebih. Seperti berselawat, lakukan solat-solat sunat, bersedekah.

Jika anda dapat dipanggil untuk sesi interview, bangunlah awal, bersiap, solat sunat subuh, solat subuh berjemaah, salam tangan kedua ibu bapa sebelum keluar rumah dan sentiasa berselawat dan bertawakal. Perbetulkan dan niat anda untuk mencari kerja. InsyaAllah, moga Allah berikan lebih dari apa yang kita minta.

KEPADA YANG BARU DI BUANG KERJA 

Kepada yang baru dibuang kerja atau mungkin berhenti sebab tempat kerja lama yang mungkin tidak sesuai dengan anda, lakukanlah yang sama seperti di atas.

Jaga SOLAT!
Sentiasa tambah dan perbaiki amal kita. Dan sentiasa berdoa dan berzikir kepada ALLAH.

SEBENAR

Sebenarnya banyak peluang kerja yang ada dan mungkin anda minat atau tidak.
Contohnya, anda boleh buat kerja di rumah secara online. Anda boleh cuba dengan www.jobdirumah.com . Yang penting anda ada ekses internet dan komputer di rumah.

Atau anda mungkin boleh cuba untuk bekerja di negara jiran kita Singapura. Satu pilihan yang bijak. Ia tak jauh. Anda boleh tinggal di Johor Bahru dan bekerja di sana. Peluang kerja di sana seperti Bus Captain, cleaner, kerja di port, pest control, pemandu lori dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, tidaklah susah sangat untuk nak dapatkan kerja di sana, cuma cabarannya lebih. Anda akan terima gaji dalam SingDollar secara puratanya SGD $1800.00 . Jika anda convert jadi RM 5,415.79 (www.xe.com)

Cuma letihnya bila anda perlu checkpoint kastam Singapura, anda perlu peruntukkan 2 jam pergi dan 2 jam balik untuk perjalanan menggunakan motosikal setiap hari. Bayangkan anda perlu habiskan 4 jam masa setiap hari untuk perjalanan yang kurang 20 km di Tambak Johor.

Tinggal di Johor lebih menjimatkan dari anda menyewa di Singapura. Untuk pekerja dari Malaysia, majikan di sana tidak menyediakan asrama. Mereka hanya menyediakan asrama untuk PRC yang datang bekerja di situ. Jadi untuk orang Malaysia, kalau nak tinggal di sana, sewa sebuah bilik kecil sudah mencecah SGD $600.00 bersamaan RM1,805.30 .

Macamana nak cari kerja di Singapura?

Nanti aku share lagi. Insyallah.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Thursday, 7 March 2019

Majlis Haul Sultan Ariffin @ Syeikh Ismail bin Abdul Qadir Al Jailani, Pulau Besar, Melaka | 1hb April 2019



MAJLIS HAUL SULTAN ARIFFIN @ SYEIKH ISMAIL BIN ABDUL QADIR AL JAILANI PULAU BESAR, MELAKA pada 1hb April 2019

BERSAMA TETAMU ISTIMEWA HABIB UMAR AL JAILANI DARI MAKKAH AL MUKARAMAH







PENGENALAN
SIAPA SULTAN AL-ARIFFIN @ SHEIKH ISMAIL BIN ABDUL QADIR AL JAILANI?
1.   Nama sebenar beliau ialah Ismail bin Abdul Qadir. Gelar tambahan ‘Sultan al-Ariffin Sheikh’ adalah penghormatan yang diberikan kepada beliau oleh muridnya di dalam tradisi Sufi. Beliau adalah Sheikh Tariqah Qadiriyyah, Naqsyabandiyyah, Shattariyyah dan Jistiyyah.

2.   Sheikh Ismail dilahirkan pada 17 Rabiul Awwal 867H/1463M di Baghdad dan meninggal dunia di Pulau Besar, Melaka pada 17 Rabiul Awwal 925H/1520M ketika berumur 58 tahun.

3.   Beliau adalah cicit kepada Sultan al-Awliyaa Sheikh Abdul Qadir Jilani (470H/1077M – 561H/1166M). Sheikh Abdul Qadir adalah keturunan ke 14 dari RasuluLlah s.a.w. Maka Sheikh Ismail adalah keturunan ke 18 dari RasuluLlah s.a.w.
4.   Sheikh Ismail beserta gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan abangnya Sheikh Ibrahim beserta 13 orang yang lain dari Baghdad sampai ke Pulau Besar pada 1495M. Mereka adalah peneroka yang pertama yang membuka Pulau Besar untuk dijadikan pusat perkembangan dakwah di Alam Melayu. Kemudiannya beberapa lagi para pendakwah datang dari Syria, Yaman dan Semenanjung Arab sehingga jumlahnya seramai 43 orang yang menghidupkan Pulau Besar sebagai Pusat Perkembangan Dakwah Alam Melayu.
5.   Menariknya, kesemua 43 pendakwah ini (ada yang mengatakan kesemuanya wali Allah belaka) meninggal di Pulau Besar. Cuma makam yang telah dikenal pasti hanyalah 4 makam iaitu Makam Sheikh Ismail, Sheikh Yusuf, Sheikh Ibrahim dan Sarah (anak Sheikh Yusuf yang berkahwin dengan Sheikh Ibrahim).
6.   Sheikh Ismail dikatakan mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki, dua perempuan. Malangnya maklumat mengenai mereka belum diketahui setakat ini.
7.   Sejarah kedatangan Sheikh Yusuf dan rombongan ke Pulau Besar amatlah menarik untuk difahami.Ketika beliau berumur 7 tahun, bapanya telah bermimpi agar pergi menziarahi Makam RasuluLlah s.a.w. Ketika di Makam RasuluLlah s.a.w., mereka telah diarahkan oleh Baginda agar pergi melakukan dakwah ke Alam Melayu. Adapun bagaimana komunikasi ini berlaku, samada melalui mimpi atau ilham tak usah kita polemikkan di sini.

8.   Kemudian, apabila Sheikh Ismail sudah dewasa iaitu sekitar awal 30an, kali ini beliau sendiri bermimpi untuk segera ke Makam RasuluLlah di Madinah. Ketika menziarahi Makam Baginda, Sheikh Ismail mendapat arahan serupa untuk segera berdakwah ke Alam Melayu.(Kisah terperinci sila baca Buku ini).

9.   Sheikh Ismail dan rombongan seramai 16 orang pertama kali sampai di Pulau Besar pada tahun 1495M ketika berumur 32 tahun. Mereka segera menjadikan Pulau tersebut sebagai Markas Dakwah dan Tarbiah.

10.   Ketika kehadiran mereka di Pulau Besar, Kesultanan Melayu Melaka ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (1488 – 1528M), Sultan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ketangan penjajah Portugis pada 1511.



SUNAN BONANG DAN SUNAN GIRI BERGURU DI PULAU BESAR
11.   Dikatakan juga dua orang Wali Songo atau dalam Bahasa Melayu Wali Sembilan yang terkenal dengan penyebaran Islam di Pulau Jawa, iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri pernah datang untuk berguru di Pulau Besar dengan Sheikh Ismail yang juga di kenali sebagai Wali Lanang. Berkat ilmu yang dipelajari, kedua mereka pulang ke Pulau Jawa, lantas membuka pesantren atau pondok bagi tujuan penyebaran Islam di Pulau Jawa yang masih dikuasai oleh Kerajaan Majapahit yang menganut agama Hindu/Buddha.
12.   Hasil dakwah yang gigih dari Wali Songo ini, maka pada tahun 1517, Kerajaan Majapahit tumbang dan digantikan dengan Kerajaan Islam Demak yang menjadi pemangkin kepada penyebaran Islam ke seluruh Kepulauan Indonesia. Berdasarkan maklumat ini, bolehlah dikatakan bahawa Pulau Besar mempunyai saham di dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu sebagaimana yang diamanahkan kepada Sheikh Ismail.
13.   Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 terubat dengan tertegaknya Kerajaan Islam Demak yang diasaskan oleh Wali Songo pada 1517.

SHEIKH ISMAIL MENINGGAL DUNIA
14.   Sheikh Ismail kembali ke RahmatuLlah pada tahun 1520 ketika berumur 58 tahun setelah mengabdikan diri dengan amanah dakwah yang dipesan oleh RasuluLlah s.a.w. melalui ilham atau mimpi selama 25 tahun di Pulau Besar. Makamnya adalah testimoni akan pengabdian yang mutlak kepada Allah ta’ala di dalam melaksanakan amanah dakwah yang sangat dituntut oleh ajaran Islam.

15.   Cuma yang membuatkan saya sedikit terkilan ialah setakat ini belum ditemui akan titisan ilmu yang beliau wariskan di dalam bentuk buku untuk dikaji dan didalami oleh para pendakwah masa kini. Kita harus memahami juga berbanding dengan Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel,Nuruddin ar-Raniri di Acheh, mereka hidup ketika Kerajaan Islam telah tertegak yang memungkinkan buku dapat ditulis dan diterbitkan. Sedangkan Sheikh Ismail datang ke Melaka, ketika Kerajaan Melaka menghadapi krisis dalaman yang parah kesan dari hukuman bunuh terhadap Bendahara Melaka yang berkaliber oleh Sultan Mahmud Syah kerana termakan fitnah. Akibatnya, Melaka jatuh.

OLEH AHMAD AZAM

------------------------------------

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Khat Nama Nabi Muhammad SAW | Vector



Tulisan khat nama Nabi Muhammad SAW untuk digunakan dalam poster anda.

Sila download format EPS dan share kan.

Klik SINI untuk download.

Semoga bermanfaat


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Doa Pada Bulan Rejab



Marhaban Ya Rejab..

Semoga kedatangan bulan Rejab ini akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa.. InsyaAllah..
Rejab adalah blan permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat.

REJAB sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihannya tersendiri. Ambillah peluang ini untuk mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. InsyaAllah. Amiin.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Kitab Doa Khatam Al-Quran


Kitab Du'a Khatam Al-Quran

Imam Ali Zainal Abidin & Du'a Ibu Bapa Imam Abil Hibb
Diterjemahkan Oleh Shaykh Imran Angullia Al Hafidz

Di dalam kitab ini telah dibawakan bersama sebuah du'a yang agung yang dikarang oleh cicit Rasulullah ﷺ sendiri. Diikuti pula dengan sebuah lagi du'a yang sanga bermakna kepada semua ibu bapa yang dikarang oleh Muhammad bin Ahmad bin Abil Hibb Al Hadrami. Mutiara-mutiara permintaan dari Allah boleh anda dapati dalam kedua-dua du'a tersebut. Juga diletakkan tanda garisan di bawah bahagian-bahagian du'a tertentu sebagai panduan ma'amum mengikuti pembacaan.

Harga senaskah : RM10.00

Untuk Pertanyaan dan tempahan, sila hubungi / whatsapp :

Davina : https://www.wasap.my/60149839335/KITABKHATAMALQURAN


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Kitab Safinatu An Naja



Kitab Safinatu An Naja
Bersuci, Solat, Pengurusan Jenazah, Zakat dan Puasa.

Dikarang oleh Asy-Sheikh Salim bin Sumair
Diterjemahkan oleh : Shaykh Imran Angullia Al Hafidz

Ini adalah sebah kitab Safinatun Naja yang mana memperjelaskan hal perihal ibadah. Setiap orang yang menganggap dirinya mengikut Madzhab Shafi'ie, haruslah dia mempelajari kitab ini pada bimbingan guru-guru yang bertauliah. Di dalam kitab ini, dijelaskan hal perihal bersuci, beserta rukun-rukuqqqqqwnnya, melakukan solat serta syarat-syarat sahnya, berpuasa dan perkara-perkara yang membatalkanmya yang perlu diketahui oleh setiap muslim.

Harga senaskah ialah RM 10.00

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi :
Davina  : https://www.wasap.my/60149839335/KITABKHATAMALQURAN

Semoga bermanfaat!

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Wednesday, 6 March 2019

Perhatikan Peristiwa-peristiwa Akhir Zaman Sebagaimana Yang Disenaraikan! Kita Sangat Hampir!



Mari sama-sama kita perhatikan peristiwa-peristiwa akhir zaman sebagaimana yang disenaraikan, manakah lagi yang belum kita saksikan?

Apakah kita sudah cukup persiapan?
Jangan lagi kita lengahkan, apa jua jenis bekalan.
Ia semakin hampir mendekat datang.
Tinggal menanti saat-saat kemunculan detik yang lebih mendebarkan.
Moga Allah anugerahkan kita keselamatan, taufiq dan bimbingan.

Rujukan: Kitab 40 Hadis Akhir Zaman, Susunan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.


  1. Perselisihan yang banyak.
  2. Celaka (binasa) bagi bangsa Arab.
  3. Umat Islam ramai, tetapi lemah. Seperti buih di lautan kerana cinta dunia, takut mati.
  4. Kewafatan ramai alim ulama dan hilang ilmu bersama hilangnya ulama.
  5. Umat Islam mengikuti langkah Yahudi dan Nasrani.
  6. Muncul golongan anti hadis.
  7. Sentiasa ada golongan umat Muhammad s.a.w. yang menang. (Walaupun dalam kebejatan fitnah, akan tetap ada golongan memperjuangkan agama Allah).
  8. Umat Islam ditimpa penyakit umat terdahulu (Banyak bersuka ria, terlalu mewah, kumpul harta, tipu dalam merebut harta, saling memarahi dan dengki mendengki).
  9. Islam kembali asing.
  10. Hidup penuh kemewahan (sering bertukar pakaian dan makanan bersilih ganti dihidangkan).
  11. Budaya rasuah berleluasa.
  12. Hilang sifat amanah.
  13. Orang baik berkurangan, sedangkan yang jahat bertambah ramai.
  14. Iman, tidak mampu diselamatkan, kecuali lari membawa diri dari puncak gunung ke puncak gunung lainnya, dan dari satu gua ke gua lainnya.
  15. Wanita berpakaian, tapi bertelanjang.
  16. Orang tidak peduli sumber hartanya.
  17. Riba melata, hingga debunya pun tidak mampu dielak.
  18. Peminum arak, menamakannya bukan arak. Minum sambil diiringi muzik dam biduanita.
  19. Lelaki lebih sedikit berbanding wanita.
  20. Hamba menjadi tuan dan bangunan pencakar langit berdiri megah.
  21. Ahli ibadahnya jahil, ulamanya fasiq.
  22. Orang yang berpegang pada agamanya, umpama memegang bara api.
  23. Pengkhianat dikatakan jujur dan yang jujur dikata khianat.
  24. Harta melimpah ruah, timbul fitnah (ujian kepada iman) dan banyak terjadi peperangan.
  25. Waktu terasa singkat.
  26. Akan banyak lombong galian dan orang jahat yang akan menguasainya.
  27. Tanah Arab yang tandus menjadi subur.
  28. Pagi beriman, petang kafir.
  29. Beribadah di waktu kemelut dunia yang dahsyat, seperti berhijrah kepada Rasulullah.
  30. Peperangan di sekitar sungai Furat (Iraq).
  31. Tiada imam untuk solat berjemaah.
  32. Ulama tidak dipedulikan.
  33. Islam pada nama sahaja.
  34. Ilmu agama Islam dan al-Quran akan diangkat. Hanya dapat mengucap syahadah, namun tidak memahami tuntutannya (tidak melaksanakan tuntutan Islam). 
  35. 15 maksiat yang menurunkan bala:
    1. Harta kekayaan negara berlegar di kalangan orang tertentu sahaja.
    2. Amanah dijadikan sumber keuntungan. 
    3. Zakat dijadikan hutang. 
    4. Suami mengikut kemahuan isteri. 
    5. Anak derhaka kepada ibu. 
    6. Sedangkan dia berbuat baik dengan temannya. 
    7. Anak menjauhkan diri dari ayahnya.
    8. Suara-suara ditinggikan di Masjid. 
    9. Yang menjadi ketua suatu kaum, orang yang terhina di kalangan mereka. 
    10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 
    11. Minuman keras, diminum di segenap tempat. 
    12. Sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 
    13. Artis disanjung.
    14. Muzik banyak dimainkan. 
    15. Generasi kemudian, menyalahkan generasi terdahulu dari mereka. 
  36. Penularan penyakit kerana zina berleluasa. Sulit mencari rezeki dan pemimpin zalim kerana mengurangkan ukuran dan timbangan.
  37. Berlaku kehancuran, lantaran mensia-siakan amanah (menyerahkan suatu urusan bukan pada ahlinya).
  38. Bermegah dengan bangunan masjid.
  39. Mencari keuntungan dunia dengan menjual agama (berpura-pura zuhud demi perhatian manusia dan manis berbicara namun hatinya serigala).
  40. Berhaji dan umrah, bukan kerana Allah. (Orang kaya berhaji untuk berhibur, yang berpendapatan sederhana pergi untuk berniaga, ulama pergi kerana menunjuk dan sum’ah dan yang fakir pula, berhaji sambil meminta-minta).
  41. Memberi salam hanya kepada orang yang dikenali, perniagaan maju dan pesat hingga wanita keluar bekerja, ramai orang memutuskan silaturrahim, banyak saksi palsu, menyembunyikan kesaksian yang benar dan banyak kemudahan alat tulis. 
  42. Golongan Ahlussunnah wal jamaah adalah golongan yang selamat.
Semoga kita semua berada dalam golongan yang selamat.. Amiin Ya Rabb!


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

JANGAN KAU HINA NABI KAMI!


JANGAN KAU HINA NABI KAMI!
JANGAN KAU HINA AGAMA KAMI!

BANGKIT LAH SEMUA!
DIA SUDAH HINA BAGINDA RASULULLAH SAW!


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Tuesday, 5 March 2019

Kelebihan Amalan Bulan Rejab



Awal malam bulan Rejab adalah salah satu malam pengabulan Do'a. Nabi Muhammad ﷺ :

إن الدعاء يستجاب فى خمس ليال فى ليلة الجمعة وليلة الأضحى وليلة الفطر واول ليلة من رجب وليلة نصف الشعبان.
Ertinya:
"Sungguh Do'a akan dikabulkan pada 5 (lima) malam, iaitu :
1. Malam Jumaat
2. Malam Hari Raya Aidil Adha
3. Malam Hari Raya Aidil Fitri
4. Malam Pertama Bulan Rejab
5. Malam Nisfu Sya'ban (malam kelima belas bulan Sya'ban)"

{Keterangan dari kitab "As-Sunanul Kubra", karya Imam Al-Baihaqi: 3 / 319, cetakan "Darul Fikr", Beirut, Lebanon}

Selain itu, ada 3 (tiga) Hadis Rasulullah ﷺ di dalam Kitab "Al-Hawi lil Fatawi", karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi: 1 / 352, cetakan "Darul Fikr", Beirut, Lebanon tentang keutamaan Puasa di bulan Rejab, iaitu:


1. (HR Anas), Rasulullah ﷺ bersabda :

ان فى الجنة نهرا يقال له رجب. ماؤه أبيض من اللبن وأحلى من العسل. من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر.
Ertinya :
"Sungguh di dalam surga terdapat sebuah sungai yang disebut Rajab. Airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barangsiapa Puasa sehari di bulan Rajab, maka Alloh akan memberi minum dari air sungai itu."


2. (HR Anas), Rasululloh ﷺ. bersabda:

من صام من شهر حرام الخميس والجمعة والسبت كتب له عبادة سبعمائة سنة.
Ertinya :
"Barangsiapa Puasa di bulan Harom, yaitu hari Kamis, Jum'at dan Sabtu, maka akan ditulis baginya ibadah 700 (tujuh ratus) tahun."


3. (HR Ibnu Abbas), Rasulullah ﷺ bersabda:

من صام من رجب يوما كان كصيام شهر ومن صام منه سبعة أيام غلقت عنه أبواب الجحيم السبعة ومن صام منه ثمانية أيام فتحت له أبواب الجنة الثمانية ومن صام منه عشرة أيام بدلت سيئاته حسنات.
Ertinya :
"Barang siapa Puasa sehari di bulan Rajab, bagaikan Puasa sebulan. Barang siapa Puasa 7 (tujuh) hari di Bulan Rejab, maka 7 (tujuh) Pintu Neraka jahim dikunci gembok. Dan, barang siapa Puasa 8 (lapan) hari di Bulan Rajab, maka 8 (lapan) Pintu Surga dibuka. Juga, barang siapa Puasa 10 (sepuluh) hari di bulan Rejab, maka amal-amal buruknya diganti dengan amal-amal baik."

Selain itu, Rasululloh ﷺ bersabda :

من صام ثلاثة أيام من شهر حرام، الخميس والجمعة والسبت كتب له عبادة سنتين.
Ertinya :
"Barang siapa Puasa 3 (tiga) hari di bulan Haram (Dzulkaedah, Dzul-Hijjah, Muharram, dan Rejab),  iaitu Puasa hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu, maka dituliskan baginya ibadah 2 (dua) tahun."


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Monday, 4 March 2019

PENINSULAR MALAYSIA GREAT LOOP (The Best of Malaysia)



PENINSULAR MALAYSIA GREAT LOOP
(The Best of Malaysia)

Day 1
Begin with rest and relax bike familiarisation and off to Malaysians’ favourite mountain route Genting Highland, then get ready to trade hundreds of road bends to another great hill station and while enjoying the lush green rainforest of Malaysia (Fraser Hill) and stay a night in a cool bungalow (old british resident).

Day 2
Heading to Cameron Highlands (another mountain station) while enjoying the best tea plantation in South East Asia. By now you’re already completed all the mountain station best spots in Peninsular which is considered as great achievement to Malaysia, Thailand and Singapore bikers.

Day 3
It’s the time to see a little bit of city attractions of Georgetown (UNESCO World Heritage Site). You will enjoy the colors, the foods and the best of ocean road in Penang Island while going through the longest bridge (crossing the sea) in South East Asia.

Day 4
The route will bring you to another UNESCO World Heritage Site of Lenggong and crossing the Titiwangsa Mountain Ranges in BELUM Rainforest. The route also bring you to the border road of Thailand/Malaysia before settling down in the town of Kota Bharu.

Day 5 to 7
You are about to enjoy the best coastal route Malaysia has to offer. From the best local cultures and foods till the best view and experience of north-eastern states, we got it all covered. 700 kms of coastal road will end in the town of Mersing.

Day 8
Your hardwork of the riding on this day will pay off once you reach Malacca, another UNESCO world Heritage Site. The historical ruins of Portuguese and Dutch somehow conclude the proof of why Malaysia used to be very important to the world trades, as far from the European countries all the way to China.

Day 9
Heading back to Kuala Lumpur with lots of great memories and new plans to explore more of endless South East Asians world.

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Saturday, 2 March 2019

SlideShow Ratib Al Haddad

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah.. saya sharekan slideshow Ratib Al Haddad untuk kegunaan pancaran projektor. 

Semoga bermanfaat. InsyaAllah.

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Friday, 1 March 2019

Motorcycle Tour by SEAAT



MOTORCYCLE TOURS BY SEAAT

We have been organizing tours around ASEAN Countries (Malaysia, Thailand, Laos, Cambodia, Indonesia and Singapore) since 2008.

Our main concept is not to provide luxury tours, but to give you a real experience of riding in  in the company of Asians. We'll keep the groups small and reach the classic destinations but still keeping away from the mainstream tourist traps.

By staying in small family run hotels you'll also get to experience the real Asian family hospitality. You'll be honored guests not tourists. As for food, Asean has no rivals. We'll take you to the local restaurants, where you'll get to taste local regional dishes with local produce.

Contact us for more information.
+6012 383 939 Pak Aboo
www.seaatresources.com



----------------------------------------
Email : design3dawahmalaysia@gmail.com

Share:

Tips : 10 Amalan Sunnah Hari Jumaat

Hari JUMAAT adalah penghulu bagi segala hari dan di panggil sebagai Saiyyidul Ayyam. Oleh itu banyak keberkatan yang terdapat pada hari Jumaat ini sendiri. Kita disarankan untuk melakukan amalan-amalan sunnah pada hari Jumaat.

Antara amalan sunnah yang boleh dilakukan pada hari Jumaat seperti berikut :


1. Memotong Kuku



Selain sebagai amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.

Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.


2. Mandi Sunat

Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis pernah dinyatakan bahawa:-

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Bagaimana hendak lakukan mandi sunat? Ada dikalangan kita tidak tahu cara untuk melakukan mandi sunat hari Jumaat ini. Mudah je. Caranya sama seperti kita melakukan mandi wajib bezanya hanya pada niat.


3. Membaca Surah al-Kahfi



Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.

Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.

Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)


4. Perbanyakan Bersedekah



Sedekah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta kita, harta yang diberi dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia.

Dalam al-Quran, Allah S.W.T menuntut kita membelanjakan harta dan rezeki yang diperoleh sebaiknya.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” (Surah al-Baqarah ayat 215)


5. Memakai Pakaian Putih



Memakai pakaian yang elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian yang elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi sesorang Muslim terhadap orang lain.

Cukup sekadar memakai pakaian yang bersih dan nampak cantik. Tidak perlu sentiasa membeli pakaian baru sedangkan pakaian lama masih elok kerana takut berlaku pembaziran.

Sebaiknya pada hari jumaat, kita memakai pakaian yang berwarna putih dan niatkan untuk mengikut sunnah. Tidak kiralah sama ada pakaian dalam kita berwarna putih ataupun keseluruhan pakaian kita berwarna putih. Kita juga disunatkan untuk memakai imamah / sarban dan ridak.


6. Memakai Wangi-wangian



Memakai wang-wangian antara amalan sunat yang digalakkan sebelum solat seperti bau di syurga juga adalah wangi.

Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat.


7. Perbanyakkan Zikrullah dan Doa

Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.

Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.


8. Berselawat



Setiapkali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya.

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)


9. Hadir Awal ke Masjid



Para jemaah digalakkan untuk hadir awal ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dan mendapatkan saf pertama untuk solat berjemaah.

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tambahan pula, apabila kita hadir awal ke masjid, kita boleh melakukan beberapa amalan sunat lain seperti berzikir, selawat dan membaca al-Quran sebelum menunaikan solat Jumaat.


10. Perbanyakkan Solat Sunat

Selain solat fardu yang diwajibkan, kita digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib.

Digalakkan juga untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda kwtakwaan kita kepada Allah S.WT.

Sangat rugi jika kita tidak mengambil kelebihan ini untuk kita perbanyakkan amalan semasa hari Jumaat. Jangan disebabkan terlalu sibuk dengan hal dunia, kita terlupa dan terlepas untuk memperbanyakkan beribadah.


11. Memakai Siwak


Salah satu perkara sunnah yang besar adalah memakai siwak. Bersugi atau bersiwak adalah perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi. Di antara kelebihan bersugi ialah:

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi". (Riwayat Muslim)

2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban.
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

Update : 17 Mac 2019
Share:

Labels

Semasa (254) Upah Design (229) design (226) Tempah Design Murah (211) Design Poster (176) poster (50) Tips (39) Tips Travel (26) Design Logo (22) Logo Design (22) ASWJ (21) Doa (21) Pengajian Kitab (21) logo (19) banner (16) Design Banner (15) Maulidur Rasul (15) Shopee (15) Qasswa Travel & Tours (14) Selawat (14) Vector (14) Johor (13) Masjid Taman Pulai Indah (13) Hari Raya (12) Bisnes (11) Tangkak (11) Design Bunting (10) Kad Ucapan (10) Kelebihan Selawat (10) Trace Logo (10) Jom Travel (9) Majlis Khatam Al Quran (8) Qasswa (8) Rakan Muda (8) backdrop (8) SEAAT (7) BMW (6) Daurah Kitab (6) MTPI (6) Tolak Wahabi (6) Cara Untuk.. (5) Design Backdrop (5) Masjid (5) NGO (5) Rejab (5) Aidilfitri (4) Bunting (4) Design Sticker (4) Design Tshirt (4) Muar (4) Ruqaiyah Batu Pahat (4) Sultan Johor (4) UMNO (4) Umrah (4) Batu Pahat (3) Business Card (3) DASAR (3) Kursus Umrah (3) Maulid Agung Alam Melayu (3) Maulid Akbar (3) Mutiara Kata (3) Ramadan (3) Ramadhan (3) Review (3) Sticker (3) Tahniah (3) Yadim (3) Zikir (3) 1440H (2) Bicara Agama (2) Broucher (2) Buat Duit Online (2) Cuti Sekolah (2) Design Broucher (2) Design FB Header (2) Flyers (2) Hadis (2) Korban (2) Label (2) Logo Masjid (2) MAQAR Desaru (2) Majlis Haul (2) Majlis Ilmu (2) Poster Tangga (2) Produk (2) Qiamullaill (2) Ride (2) Rollup Bunting (2) Segamat (2) Selawat Nariah (2) Sharing (2) Tips Design (2) Tips Umrah (2) Travel (2) Turki (2) Wakaf (2) domain (2) 2025 (1) Advertising (1) Arifa Exclusive (1) BBWJOHOR2019 (1) Bank Pembayaran (1) Big Bad Wolf Johor (1) COVID-19 (1) Canva Template (1) Corona Virus (1) Design Sijil (1) Doodle (1) ESQ (1) Edible Cake (1) Exploration (1) FB Header (1) Fly High (1) Free Market (1) Gelombang Haba (1) Habib Umar Al Jailani (1) Habib Umar Bin Hafiz (1) Hadith (1) Haji (1) Huion (1) Huion H950P (1) Iftar Perdana (1) Illustration (1) Illustrator (1) Infografik (1) Israk Mikraj (1) Istighfar Rejab (1) Kad Kahwin (1) Kemboja (1) Khat (1) Khatam Al Quran Perdana (1) Korea (1) Kuliah PMaghrib Perdana (1) Kuliah Subuh (1) Larnyard (1) MAINJ (1) Majalah (1) Majlis Raudah Al Jannah (1) Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Skudai (1) Masjid Baitul Rahman (1) Maulid Agung (1) Melaka (1) Meteorologi Malaysia (1) Monogram (1) Motor Trip (1) Muhammad (1) Multaqa (1) Mydin (1) Mydin Mutiara Rini (1) New Year (1) Pagoh (1) Pasir Gudang (1) Pen Tablet (1) Pencemaran Alam (1) Perdana Menteri Malaysia (1) Portrait (1) Poster Selawat (1) Program Cuti Sekolah (1) Pulau Besar (1) Qurban (1) Ratib Al Haddad (1) Selawat Syifa (1) Sheikh Abdul Qadir Al Jailani (1) Sijil (1) Sindrom Down (1) Sindrom Down Negeri Johor (1) Skudai (1) SlideShow (1) TMJ (1) TV9 (1) Tabung Haji (1) Tarbiah (1) Template (1) Testimoni (1) Thaipusam (1) Tip Kesihatan (1) Trip (1) UTHM (1) Vast Travel (1) Wanita (1) Waqaf (1) Warung Talk (1) Wirdul Latif (1) Yemen (1) Zam Zam (1) baner (1) featured (1) pakaian kanak-kanak (1) png (1) webhosting (1)

Blog Archive