Khutbah Jumaat Johor t | 01 Mac 2019
ِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH :
01 Mac 2019
24 Jamadil Akhir 1440
TAJUK :
Bersangka Baik Sesama Manusia
1) Firman Allah Surah Al-Hujrat/12 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain...".
2) Hubungan baik sesama manusia-
dijalin sebaik2nya; mukmin itu bersaudara; perkukuh sifat dan sikap; hindari sikap rosakan ukhwah; miliki sifat 'husnuzzan'.
3) Husnuzzan- sikap yang berfikir baik; rasa senang; berfikir positif; bersikap hormat; tidak dengki tidak curiga.
4) Bersangka buruk- mendatangkan dosa; tetap salah di sisi Allah walau sangkaannya benar; menimbulkan perasaan benci sesama manusia.
5) Bersangka baik seperti pesanan Sheikh Abul Kadir Jailani... Ucapkan dalam hatimu jika...
5.1) bertemu seseorang, yakinlah dia lebih baik darimu- mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik.
5.2) bertemu anak kecil, katakan anak ini jauh lebih baik darimu- anak ini belum bermaksiat kepada Allah.
5.3) bertemu orang tua, katakan dia lebih baik darimu- dia telah beribadat jauh lebih lama.
5.4) bertemu dengan seorang yang berilmu, katakan tentu dia lebih baik darimu- dia mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
5.5) bertemu seorang yang jahil, katakan tentu dia lebih baik darimu- dia bermaksiat kerana jahil sedangkan kamu mengetahui akibatnya.
5.6) bertemu orang kafir- katakan mungkin di akhir usianya dia masuk Islam dan boleh jadi dirimu berbuat perkara buruk.
6) Bersangka baik- menguntungkan semua pihak; perbuatan terpuji; miliki ramai teman; disukai kawan disegani lawan; hidupnya lebih mulia.
7) Firman Allah surah Al-isra'/36 bermaksud: "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati semua anggota-anggotaa itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".
بارك الله لي ولكم ...
------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
No comments