Khutbah Jumaat Johor | 22 Mac 2019 | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 22 Mac 2019



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 22 Mac 2019
                 15 Rejab 1440
TAJUK  : Gejala Fitnah Meruntuhkan Ummah

1) Ghibah- menyebut keburukan orang lain; perkara yang dikutuk walaupun benar; kesan buruk ke atas agama & msyarakat; umat Islam perlu jauhi.

2) Hadith Rasul SAW bermaksud: "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah? Menyebut sesuatu yg tidak di sukai oleh saudaramu di belakangnya! Kalau apa yg disebutkan perkara itu benar, maka itulah ghibah. Sekiranya tidak benar, maka engkau telah melakukan pembohongan yang besar (buhtan)".
HR: Imam Muslim

3) Firman Allah Surah Al-Hujrat/12 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yg lain".

4) Kewujudan teknologi dan komunikasi canggih- mudah sampaikan maklumat; ada salahguna kemudahan; sebar berita fitnah; mudah cepat dan meluas; disampaikan kepada orang lain tanpa selidik; Islam anjur selidik dulu supaya tidak menyesal kemudian.

5) Firman Allah Surah Al-Hujrat/6 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kpd kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yg kamu telah lakukan".

6) Firman Allah Surah An-Nur/19 bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat."

7) Antara keburukan gejala fitnah dalam kehidupan :-
7.1) Dosa sesama manusia- pembuat dan penyebar fitnah; tidak diampun kecuali yang difitnah memaafkannya

7.2) Memecah belahkan masyarakat- boleh merenggangkan hubungan; permusuhan yang berkekalan

7.3) Suatu perbuatan hina- buruk-burukkan orang lain; puaskan hawa nafsu

7.4) Budaya fitnah- ganggu gugat kesetabilan dan keamanan negara

7.5) Menjatuhkan maruah- orang tidak bersalah di hukum

8) Hindari sifat suka tabur fitnah- sikap yang keji; persengketaan akibatkan keruntuhan rumahtangga; rosak masyarakat; jejas keutuhan ummah; jejas keamanan negara

9) Firman Allah Surah Al-Hujrat/10 bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh Rahmat".

                  بارك الله لي ولكم ...

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments