Khutbah Jumaat Johor | 29 Mac 2019 | 22 Rejab 1440
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 29 Mac 2019
22 Rejab 1440
TAJUK : Zuhud Yang Sebenar
1) Zuhud- hati yang tidak terpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya; namun tidak menjauhkan diri daripada dunia.
2) Firman Allah Surah Al-'ala/16&17 bermaksud: "Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukn yang demikian bahkan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupn akhirat lebih baik dan lebih kekal".
3) Islam- tidak melarang umatnya mencari kehidupan dunia; asal tidak melupakan kehidupan akhirat; dunia sebagai jambatan ke akhirat; dunia tempat beribadat; membuat kebajikan sesama manusia.
4) Zuhud dari sudut harta- usaha mencari dan membelanjakannya; tidak melupakan hukum Allah; berzakat bersedekah dan melaksanakan amal-amal kebajikan.
5) Zuhud bukan menjauhi kehidupan dunia- bukan jadikan diri miskin; guna harta ikut peraturan Allah; hatinya dijaga; tidak bangga dan sombong di atas hartanya.
6) Sabda Rasul SAW bermaksud: "......................... seorang mendatangi Rasul SAW maka beliau berkata: tunjukan kepada ku sebuah amalan yang jika aku kerjakan Allah dan manusia akan mencintai ku...............................
Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akan dicintai Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia maka engkau akan dicintai manusia".
(HR: Ibnu Majah)
7) Firman Allah Surah Al-Munafiqun/9 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak penak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya) dan (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian maka mreka itulah orang-orang yang rugi".
8) Kelebihan bersifat zuhud :-
8.1) selalu bersyukur terhadap nikmat Allah; samada sedikit atau banyak
8.2) hati lebih mencintai Allah daripada kehidupan dunia
8.3) belanjakan harta di jalan Allah; tidak membazir
8.4) sentiasa bersederhana dan tidak sombong
8.5) bekerja dan beribadat untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
8.6) menggunakan hartanya untuk kepentingan akhirat
8.7) tidak berasa gembira dengan apa yang dicapai dan tidak berdukacita dengan apa yang hilang
9) Firman Allah Surah Al-qasas/77 bermaksud: "Dan tuntutlah dgn harta kekayaan yang telah dikurniakn Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakn bahagian mu (keperluan dn bekalan mu) dari dunia dn berbuat baiklah...................
................................... Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yg berbuat kerosakan".
بارك الله لي ولكم ...
------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
No comments