Khutbah Jumaat Johor | 12 April 2019 | 6 Sya'ban 1440H | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 12 April 2019 | 6 Sya'ban 1440H



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 12 April 2019
                 06 Sya'ban 1440
TAJUK  : Kedahsyatan Siksaan Neraka
             
1) Firman Allah Surah Al-Kahfi/29 bermaksud: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya................................".

2) Kepedihan siksaan Neraka - tidak terjangka fikiran akal manusia; kesakitan di dunia terlalu kecil; saat berada di neraka melupakan seluruh nikmat dunia; kepanasan api neraka melebihi api dunia berpuluh-puluh kali ganda.

3) Sabda Rasul SAW bermaksud:" Sesungguhnya api yg kita saksikan di dunia ini adalah satu bahagian dpd 70 bahagian api neraka jahanam. Api neraka melebihinya dgn 69 bahagian dan setiap bahagian panasnya semisal api dunia". (HR: Imam Muslim)

4) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Api neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga berwarna merah. Kemudian dinyalakan seribu tahun berikutnya sehingga berwarna putih...................................
berwarna hitam. Maka ia berwarna hitam legam". (HR: At-Tirmidzi)

5) Siksaan api neraka- Kesakitan yang tidak terperi sakitnya; setiap kali kulit hangus melecur akn diganti kulit baru; terima azab sesuai amalan di dunia; untuk penentang hukum Allah; iblis paling berat siksaannya; siksaan paling ringan dipakaikan selipar api yang mampu membuat otak mendidih.

6) Antara bentuk2 siksaan ahli neraka :-
6.1) Tubuh sentiasa diperbaharui; terus tanggung azab siksa; tanpa berakhir dengan kematian.

6.2) Tubuh dibesarkan; kepedihan siksaan bertambah; semakin lebar permukaan, semakin banyak kesakitan.

6.3) Kulit dan daging berguguran; berubah menjadi makhluk sangat hodoh.

6.4) Sentiasa takut risau menyesal letih dan sangat terhina.

6.5) Pakaian dan perhiasan dibuat daripada api neraka.

6.6) Makanan daripada buah zaqum; minum nanah darah ahli neraka.

6.7) Menjerit tanpa henti; meraung meratap merintih menangis; tiada yang peduli.

7) Orang terselamat dari api neraka- Yang beriman dan bertaqwa; takut kepada Allah; menahan melakukan perbuatan mungkar; sentiasa taatkan Allah; berbuat kebajikan.

8) Firman Allah Surah Al-Baqarah/24 bermaksud: "Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya maka peliharalah dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu2 berhala iaitu neraka yang disediakan untuk orang-orang kafir".

                  بارك الله لي ولكم ...


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments