Khutbah Jumaat Johor | 5 April 2019 | 29 Rejab 1440H | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 5 April 2019 | 29 Rejab 1440H



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH :
05 April 2019
29 Rejab 1440
TAJUK  : Isra' Mikraj Tanda Kebesaran Allah
             
1) Bulan Rejab- antara bulan-bulan yang mulia dalam Islam; berlaku peristiwa penting dalam sejarah; Isra' Mikraj pd 27 Rejab; bukti kebesaran kekuasaan dan kehebatan Allah SWT.

2) Firman Allah Surah Al-Isra' /1 bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda2 (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

3) Isra' dan Mikraj- peristiwa luar biasa dialami Rasulullah SAW; sebelumnya Baginda kehilangan dua orang insan kesayangan; isterinya Saidatina Khadijah dn bapa sdaranya Abu Thalib.

4) Maksud Isra'- Perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam; menaiki 'Burrak'; dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa Palestin.

5) Maksud Mikraj- Perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke langit ke-7; sehingga 'Sidratul Muntaha dalam masa yang singkat; berlaku secara jasad dan roh Baginda; diiringi Malaikat Jibrail AS.

6) Baginda dalam perjalanan- diperlihatkan peristiwa-peristiwa untuk peringatan dan pengajaran kepada umatnya; mengimami semua para Rasul di Masjidil Aqsa; dipertemukan sebahagian para Rasul di langit pertama hingga ke-7; diperlihatkan keadaan penghuni Syurga & Neraka; diperlihatkan tanda-tanda kebesaran Allah yang lain; diwahyukan dengan perintah solat fardhu 5 waktu di Sidratul Muntaha.

7) Peristiwa Israk & Mikraj- satu mukjizat anugerah Allah paling tinggi kepada Rasul SAW; kita wajib meyakini kebenarannya; orang kafir musyrikin Mekah mengingkarinya; Saidina Abu Bakar sahabat yang membenarkannya; dapat gelaran 'As-siddiq'.

8) Firman Allah Surah Ali-Imran/189 bermaksud: "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu“.

9) Antara hikmah & pengajaran peristiwa Isra' & Mikraj :-
9.1) sebagai bukti tanda kekuasaan Allah; peristiwa luar biasa mengikut kehendakNya.

9.2) pengubat dan hadiah teragong kepada Rasulullah SAW setelah terima dugaan menyebarkan Islam; setelah kehilangan isteri dan bapa saudara.

9. 3)  bukti untuk mantapkan muliakan dan kukuhkan kerasulan SAW; orang yang Allah pilih sebagai penyampai dakwah Islamiyah.

9.4) terima perintah solat fardhu 5 waktu sehari semalam; sebagai tiang agama Islam; kunci segala amalan di dunia; jaminan kebahagiaan di akhirat.

10) Hadith Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya amal yang pertama kali dihisab pada seseorang hamba pada hari qiamat adalah solatnya. Sekiranya solat itu baik, sungguh ia telah beruntung dan selamat...........".
(HR: Imam At-tirmizi)

11) Firman Allah Surah An-najm/11-14 bermaksud: "Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya.......
Dan demi sesungguhnya (Nabi Muhammad) telah melihat (Malaikat Jibrail dalam bentuk rupanya yg asal) sekali lagi di sisi Sidratul Muntaha".

                  بارك الله لي ولكم ...


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

No comments