Khutbah Jumaat Johor | 17 Mei 2019 | 12 Ramadan 1440H
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 17 May 20l9
12 Ramadhan 1440
TAJUK : Kebenaran Aqidah Ahlissunnah Waljamaah Aliran Alasyaairah dan Almaaturidiyah
1) Ajaran Ahlissunnah Waljamaah - golongan yang berpegang kepada Al-qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW; menerusi para sahabat, attabiin dan tabiit taabiin; dalam prinsip-prinsip aqidah, syariat dan akhlaq.
2) Firman Allah Surah Al-baqarah/143 bermaksud: "Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) ".
3) Ahlissunnah Waljamaah aliran Alasyaairah dan Almaaturidiyah - diamalkan sejak sekian lama; tanpa apa-apa masalah; ajaran yang betul lurus selamat; jelas dan tiada kekeliruan.
4) Antara ciri2 pegangannya :-
4.1) mentafsirkan hukum-hukum Islam berdasarkn Al-qur'an Al-sunnah Ijma' dan qias.
4.2) berpegang meliputi perkara aqidah syariah dan akhlaq.
4.3) percaya bahawa para sahabat bersikap benar dan adil.
4.4) beriman kepada perkara ghaib seperti siksaan azab kubur dan lain-lain.
4.5) tidak mengkufurkan saudara sesama islam.
4.6) kesederhanaan dlm pengamalan iaitu tidak terlalu taksub dan tidak terlalu cuai.
5) Ahlissunnah Waljamaah punya manhaj atau kaedah yang jelas seperti :-
5.1) mengutamakan nas Al-qur'an dan Al-sunnah mengatasi segala yang lain.
5.2) mentafsir Al-qur'an dengan Al-qur'an dan Al-qur'an dengan Al-sunnah.
5.3) utamakan pendapat para sahabat dan para taabiin.
5.4) Ijmak ulamak sebagai rujukan.
5.5) bahasa arab dan uslubnya dalam membahaskan permasalahan aqidah.
5.6) utamakan makna dan maksud yang zahir ayat-ayat Al-qur'an.
5.7) menyucikan Allah SWT dari makna zahirnya pada ayat-ayat Al-qur'an yg bersifat kesamaran (mutashabihaat).
5.8) tidak campur aduk aqidah dengan fikiran akal.
6) Halang penyebaran bertentangan Ahlissunnah Waljamaah- fahaman syiah; wahabi; liberal dan lain-lain ajaran sesat; merosakan perpaduan umat islam.
7) Firman Allah Surah Ali-imran/103 bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama islam) dan janganlah kamu berbantah-bantah dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat islam).....................
.............................................................
Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya".
بارك الله لي ولكم ...
------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
No comments