Khutbah Jumaat Johor | 21 Jun 2019 | 17 Syawal 1440 | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat Johor | 21 Jun 2019 | 17 Syawal 1440



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 21 Jun 20l9 | 17 Syawal 1440
TAJUK  :  Sifat Pemaaf Amalan Mulia
               
1) Firman Allah Surah Ali-Imran/134 bermaksud: "Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik".

2) Sebagai manusia biasa melakukan kesilapan dan kesalahan; yanng bersalah perlu minta maaf; -bermaaf-maafan amalan mulia; budaya bermaafan di bulan Syawal amat digalakkan; ucapan maaf zahir dan batin.

3) Sifat pemaaf- memohon dan memberi kemaafan adalah akhlak mulia; orng bersifat pemaaf miliki hati bersih; berfikiran terbuka; tenang dn mudah d ajak berunding; demi silaturrahim.

4) Menjadi seorng yg pemaaf- kadang2 amat sukar memaafkn kesalahan orng; masih mengingati kesalahannya; jejas hubungan silaturrahim; perintah Allah agar mencintai sesama Muslim.

5) Hadith Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri". (HR: Imam Al-Bukhari)

6) Antara ciri-ciri sifat pemaaf yang perlu ada pada seseorang :-

6.1) Sabar- mampu menahan apa jua kejahatan orang lain; mudah memaafkan; melupakan segala kesalahan terhadap dirinya.

6.2) Mengawal perasaan marah- senjata tipu daya syaitan; merosakan kehidupan manusia; menghasut memutuskan silaturrahim; kawal perasaan dengan bersangka baik dan memberi kemaafan.

6.3) Menghilangkan perasaan dendam- berat memberi maaf; lahir perasaan benci; sebaiknya buang perasaan dendam; elak pertelingkahan berpanjangan.

6.4) Bersifat lemah lembut- jauhi sikap kasar, keras kepala, keras hati; sikap lemah lembut satu akhlak mulia; budi pekerti yang baik.

7) Seruan kepada jemaah- menjadi manusia pemaaf; cerminan akhlak orang beriman; kukuhkan perpaduan persaudaraan sesama manusia; hidup bahagia harmoni dan sejahtera.

7) Firman Allah Surah Al-Hujrat/10 bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".

                  بارك الله لي ولكم ...

------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Website : www.design4dawah.com
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments