Khutbah Jumaat Johor | 28 Jun 2019 | 24 Syawal 1440H
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 28 Jun 20l9 | 24 Syawal 1440
TAJUK : Kesatuan Dalam Pegangan Mazhab As-Shaafie
1) Firman Allah Surah Al-an'am/153 bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa".
2) Pegangan aqidah umat Islam johor- aqidah ahlis-sunnah wal-jamaah; aliran al-Ashaa'irah dan al-Maaturidiyah; berlandaskan mazhab As-shaafie; yang menjamin keharmonian dan perpaduan masyarakat Islam.
3) Imam As-Shaafie- atau Imam Muhamad bin Idris As-shaafie; seorang mujtahid dan tokoh Islam; sumbangannya dalam pemikiran Islam; ilmu fiqh; rujuknnya Al-Qur'an dan Al-sunnah; menghimpunkan dua aliran (ahli hadith dan ahli ar-ra'yi); berpusat di Hijaz dan di Iraq.
4) Guru-guru Imam As-Shaafie- di Hijaz dengan Imam Malik bin Anas; pengasas Mazhab Maliki; di Iraq dengan Muhamad Al-Hassan As-Syaibani; murid kepada Imam Abu Hanifah; pengasas Mazhab Hanafi; kumpul kedua-dua aliran ilmu tersebut dan wujudkan Mazhab As-Shaafie.
5) Antara kelebihan Mazhab Imam As-Shaafie :-
5.1) Mazhab pertama tersusun rapi; kaedah-kaedah mengeluarkan hukum fiqh dalam kitab Ar-Risalah.
5.2) Mazhab yang banyak perhatian dari kajian para ulamak.
5.3) Memiliki sumber daya manusia luar biasa; banyak melahirkan ulamak usul fiqh, usuluddin, tafsir dan syarah hadith.
5.4) Kebanyakan kitab rujukan bersumber daripada kitab Al-Umma, Ar-Risalah dan lain-lain; tulisan Imam As-Shaafie sendiri.
5.5) Menjadikan Al-Qur'an dan hadith sahih sebagai rujukan sumber hukum.
6) Mazhab As-Shaafie- sesuai diikuti dan diamalkan; dalam laksana ibadat dan syariat Islam, kesatuan diutamakan; agar negeri kekal makmur stabil dan tidak berpecah belah.
7) Firman Allah Surah An-Nisa'/115 bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawaNya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan pada hari akhirat Kami akan memasukannya ke dalam neraka jahanam........................................... ".
بارك الله لي ولكم ...
------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Website : www.design4dawah.com Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah
No comments