Khutbah Jumaat JDT | 20 Dis 2019 | Memelihara Hati
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 20 Disember 20l9
23 Rabiul akhir 1441
TAJUK : Memelihara Hati
1) Firman Allah Surah Al-anfal/2 bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat2Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacaakn kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah".
2) Sesungguhnya Allah SWT- tidak melihat bentuk tubuh dan paras wajah seseorang; Allah melihat keikhlasan hati dan amalannya.
3) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, juga tidak kepada harta kamu, akan tetapi dia melihat kepada hati dan amal kamu".
(HR: Imam Muslim)
4) Memelihara hati- wajib diutamakan; bahagian yang mulia pada diri manusia; tempat seseorang mengenal Allah; tempat rasanya cinta takut harapan & tawakkal seseorang hamba; tempat samada diterima atau tidak amalan oleh Allah.
5) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan".
(HR: Imam Al-bukhari)
6) Hati pengaruhi anggota badan- jika cinta kepada Allah & Rasul maka ia akan taat Allah & RasulNya; jika hati cinta kepada hawa nafsu maka akan tunduk ikuti shahwat & hawa nafsunya.
7) Memelihara hati- tidak seperti memelihara anggota badan yang lain; perlu dirawat dengan ketaqwaan & keampunan Allah; hati yang ingat Allah akan terpelihara dan mendapat kerahmatanNya; bersihkan hati dengan tingkat & perbaiki amalan kepada Allah.
8) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Ketahuilah bahawasanya pada setiap tubuh seseorang ada segempal daging. Jika ia baik, akan baiklah seluruh anggota tubuhnya. Apabila ia rosak, maka akan rosak pula seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah bahawasanya ia adalah hati".
(HR: Muslim)
9) Pelihara hati dari hasutan & bisikan syaitan- baca & amalkan ajaran Al-quran; banyak berzikir; banyak mengingati kematian.
10) Hati yang keras menjadi lembut apabila membaca Al-quran seperti firman Allah surah Al-hasr/21 bermaksud: "Sekiranya Kami turunkan Al-quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah............
.........................................................".
11) Hati (yang bersih)- terserlah kebaikan akhlaknya; disenangi orang sekeliling; Allah redho keatasnya.
12) Hati (yang kotor keras)- hati paling jauh dari Allah; sentiasa bermasalah; tidak memberi kebaikan pada diri dan orang sekeliling; tidak dapat terima petunjuk & kebenaran; tidak peroleh hidayah Allah.
13) Firman Allah Surah Al-hadid/16 bermaksud: ".....................................
............................ dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq (derhaka) ".
بارك الله لي ولكم ...
------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah
No comments