Anda Boleh Bayar Saman Trafik di Mana-mana Pejabat POS Berhampiran
Assalammualaikum..
Hari ni kita off-topic jap. Aku nak share sikit info pada korang yang mungkin tak tau dan mungkin juga tak pernah tau macam aku jugak sebelum ini. Aku pun baru je tau yang kita sebenarnya boleh bayar saman polis di mana-mana Pejabat Pos yang berhampiran.
Baru-baru ini, masa PKPB berjalan, aku ke rumah orang tua aku. Bergerak balik dari rumah orang tua aku lepas tengah malam sebab anak-anak nak tengok tv cerita best kat tv. Tu yang bergerak nak balik lewat sikit. Bila bergerak dari Jalan Skudai menuju ke Jalan Pontian, selepas turun dari jejambat di Taman Ungku Tun Aminah, aku tengok jalan dah jem. Aku rasa ada roadblok kt depan Balai Polis Batu 10 ni.
Jadi, mulanya aku macam nak cilok kt MBJBT tapi ada polis plak dah ada situ sebab ada kereta yang berhenti tepi jalan. Aku bukan apa, malas nak lalu roadblok sebab nak cepat, jem boleh tahan panjang gak malam tu. Bila terus ke depan, aku ingat nak cilok lagi selepas pejabat pos Batu 10 tu. Bila dah tengok takde kenderaan dari kiri, aku pun cilok la. Skali dalam gelap tu ada pulak polis. Tak pasal plak dapat surat saman.
Lepas malam tu, aku pun google macamana nk bayar saman selain dari pegi ke pejabat polis trafik Johor tu. Dah la skang ni tengah PKPB, dah tentu leceh nk pegi sana. Bila google, rupanya untuk bayar saman, ada beberapa pilihan kita boleh buat. Antaranya, bayar secara online melalui website MYEG https://www.myeg.com.my/ atau pun RILEK e-Service www.rilek.com.my . Tapi masa aku nk buat online tu, sistem untuk PDRM offline sampai bila pun aku tak tau.
Sebab aku tak pernah kena saman, jadi takut gak kalu-kalu kena naik mahkamah plak atau pun kena bayar lebih. Sebab, bila korang bayar saman tu dalam masa 14 hari, kita boleh dapat diskaun 50%. Jadi lebih baik la bayar awal.
So, cara lain selain bayar online, kita boleh bayar di mana-mana pejabat pos yang berhampiran. Itu pun doa-doa la lebih sikit agar sistem dia tak offline. Kalu tak, penat je la gi Pejabat Pos.
Sampai di pejabat pos, amik nombor dan bila nombor dah dipanggil, bagitau je nak bayar saman polis. Pegawai di kaunter tu akan beritahu berapa jumlah yang perlu anda bayar.
Alhamdulillah.. semua dah selesai. Bayar saman RM150 je.
Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah
------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah
Salam, mmg automatik dapat 50% ke kalau bayar dalam masa 14 hari tak kira kita bayar di mana2?
ReplyDeletewasalam.. btol.. janji dlm masa 14 hari tu
Delete