Khutbah Jumaat JDT | 26 Feb 2021 | 14 Rejab 1442 | Memperkasa Semangat Kejiranan | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat JDT | 26 Feb 2021 | 14 Rejab 1442 | Memperkasa Semangat Kejiranan



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 26 hb Februari 2021 | 14 Rejab 1442
TAJUK  : Memperkasa Semangat Kejiranan

1) Bina hubungan baik- dengan ahli masyarakat; dengan jiran tetangga; lambang kepada kehidupan bermasyarakat; saling lengkap melengkapi. 

2) Firman Allah Surah An-nisa'/36 bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukn dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetngga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir....................
..............Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri". 

3) Jiran tetangga yang tinggal berdekatan bersama dalam satu penempatan; dalam Islam mereka punya beberapa hak :-

3.1) Jiran muslim yang punyai pertalian darah ada 3 hak; hak berjiran; hak Islam; hak saudara. 

3.2) Jiran muslim yang  tiada pertalian darah ada 2 hak; hak berjiran; hak Islam. 

3.3) Jiran yang bukan beragama Islam miliki satu hak; hak berjiran sahaja. 

4) Tanggungjawab kepada jiran tetangga- hormati & jaga hak jiran; terselamat daripada keburukan tangan-tangan kita; merasa aman dengan perbuatan & lidah kita; sentiasa jalin hubungn baik: agar mencapai keharmonian hidup di dunia & di akhirat. 

5) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jibril sentiasa memesan kepada Aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga Aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum pusaka antara sesama jiran". 
(HR: Imam Al-bukhari) 

6) Perkasa semangat kejiranan- terapkan adab & akhlak Islam; hiasi wajah dengan senyuman; bertegur siapa dengan ucap salam; hulurkan bantuan kepada yang memerlukan; adakan budaya tolong menolong. 

7) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah seorang yang terbaik dengan temannya dan jiran tetangga yang paling terbaik di sisi Allah adalah seorang yang paling baik terhadap jiran tetangganya". 
(HR: Imam At-tirmizi) 

8) Adab Islam dalam berjiran- elakan perbuatan menyakiti & mengganggu; jauhi perkara mengumpat memfitnah buruk sangka buat bising dan lain-lain. 

9) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jiran tetangganya". 
(HR: Imam Al-bukhari) 

10) Peringatan mimbar- menginsafi & muhasabah diri dengan persoalan: adakah telah menjalankan tanggungjawab dgn sempurna; adakah menjadikan jiran tersenyum atau terguris hati; mari menjadi jiran yang diridhoi Allah. 

11) Firman Allah Surah Ar-rum/38 bermaksud: "Maka (bagi menyatakan kesyukuran) berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keridhoan Allah dan mereka itulah orang-orang yg berjaya". 
                     
                     بارك الله لي ولكم ....

------------------------------------

Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :


Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com

Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments