Khutbah Jumaat JDT | 5 Mac 2021 | 21 Rejab 1442 | Sedekah Jariah Pahala Yang Berterusan
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 05 hb Mac 2021 | 21 Rejab 1442
TAJUK : Sedekah Jariah Pahala Yang Berterusan
1) Firman Allah Surah An-nisa'/114 bermaksud: "Tidak ada kebaikn pada kebanyakn bisikan-bisikan mereka kecuali (bisikan-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau mengajak kepada kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhoan Allah tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar".
2) Maksud sedekah- kebenaran; pemberian ikhlas daripada hati yang bersih; pemberian untuk dekatkan diri kepada Allah; mencari keredhoan Allah.
3) Maksud sedekah jariyah- mengalir; bersifat kekal; faedahnya boleh digunakan walau penyumbangnya sudah meninggal dunia.
4) Amalan bersedekah- dititik beratkan dalam Islam; menggalakan umat bantu membantu; hindar diri dari sifat tamak bakhil & pentingkan diri; peroleh pahala berterusan.
5) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah; ilmu yang dimanfaatkan & anak yang soleh yang mendoakan untuknya".
(HR: Imam Muslim)
6) Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: "Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah: ilmu yang dia ajarkan & sebarkan; anak soleh yang dia tinggalkan; mashaf Al-quran yang dia wariskan; masjid yang dibina; rumah bagi ibnussabil (musafir yang terputus perjalanan) sungai yang dialirkan; sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat & hidup".
(HR: Imam Ibn Majah)
7) Amalan sedekah jariyah- menjamim pahala berterusan; tidak akan mengurangkan harta; sebagai bekalan di akhirat; seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sedekah itu tidak akan mengurangi harta". (HR: Imam Muslim)
8) Harta yang kita miliki- bukan milik kita sepenuhnya; ada hak orang lain; gunakan kejalan redho Allah; terbaik bersedekah untuk bina masjid surau; masjid tempat perhimpunan umat Islam; tempat menyuburkn keimanan & ketaqwaan.
9) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barangsiapa yang membangunkn sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di Syurga".
(HR: Imam Al-bukhari)
10) Tabung Pembangunan Masjid & Amal Jariyah Johor- mudahkan umat Islam bersedekah jariyah; bantu biaya perbelanjaan bina masjid surau; penyelenggaraan & baik pulih dan lain-lain; boleh sumbang terus kepada tabung pembangunan masjid; melalui potongan gaji; sumbang secara dalam talian.
11) Peringatan mimbar- bersama semarakan amalan sedekah jariyah; semoga Allah berkati harta kita; dapat rahmat dunia akhirat; niat bersedekah kerana Allah; jangan harap pujian & sanjungan manusia; harta sebagai perhiasan & ujian Allah; tidak ragu tentang keberkatan bersedekah; tidak kumpul harta sehingga lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah.
12) Firman Allah Surah Al-Hadid/18 bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah serta mreka nemberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya) dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia".
بارك الله لي ولكم ....
------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah
No comments