Khutbah Jumaat JDT | 16 April 2021 | 4 Ramadhan 1442 | Semarakan Ramadhan dengan Menggandakan Ibadat | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat JDT | 16 April 2021 | 4 Ramadhan 1442 | Semarakan Ramadhan dengan Menggandakan Ibadat



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 16 hb April 2021 | 04 Ramadhan 1442
TAJUK  : Semarakan Ramadhan dengan Menggandakan Ibadat
                
1) Firman Allah Surah Al-baqarah/185 bermaksud: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa) itu ialah bulan Ramadhan yg padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

2) Bulan Ramadhan- syukur Allah kerana kita masih diberi kesihatan untuknya; bulan yang penuh kemuliaan kerahmatan dan keberkatan; bulan yang dijanjikan dengan rahmat pengampunan dosa serta dibebaskan daripada api neraka; dibuka seluas-luasnya pintu Syurga; ditutup pintu Neraka; digandakan pahala; dimakbulkan doa; adanya malam Lailatul qadar yang beribadahnya lebih baik dari seribu bulan. 

3) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila tiba bulan Ramadhan, pintu Syurga dibuka; pintu Neraka ditutup dan Syaitan akan dibelenggu". 
(HR: Imam Muslim) 

4) Perbanyakan amalan sunnat di buln Ramadhan :-
4.1) Bersahur- perbuatan yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa penganut agama lain. 

4.1.1) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya perbezaan puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahli Kitab (Yahudi dn Nasrani) adalah makan sahur". 
(HR: Imam Muslim) 

4.2) Solat sunat tarawikh berjemaah- menghidupkan malam-malam Ramadhan; harap ganjaran Allah; diampunkn dosa-dosa yang lalu. 

4.2.1) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yg berdiri (beribadah) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".
(HR: Imam Al-bukhari) 

4.3) Lain-lain amalan- baca Al-Quran hingga khatam; amalan bersedekah. 

4.3.1) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa memberi makan orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga". 

4.4) Perbanyakan kalimah zikir; berselawat; tidak berkata dusta mengumpat memfitnah percakapan yang sia-sia dan lain-lain; usahakan qiamullail. 

5) Peringatan mimbar- jadikan bulan Ramadhan sebagai penggerak kepada perubahan diri; tingkatkan ketaatan kepada Allah; lakukan amal ibadat yang diperintahkn; tinggalkan segala yang dilarang; semoga amalan diterima mendapat ganjaran dan keredhoan Allah SWT. 

6) Firman Allah Surah Al-isra'/19 bermaksud: "Dan sesiapa yg menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya diberi pahala akan amal usahanya". 
                       
                     بارك الله لي ولكم ....

------------------------------------

Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :


Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com

Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments