Khutbah Jumaat JDT | 2 April 2021 | 19 Sya'ban 1442 | Amalan soleh bekalan yang cukup berharga | Design For Daawah | Tempah Design Murah | Upah Design Murah! Poster Pengajian Kitab, Upah Design

Breaking News

Khutbah Jumaat JDT | 2 April 2021 | 19 Sya'ban 1442 | Amalan soleh bekalan yang cukup berharga


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
PERKARA : Intisari Khutbah Jumaat JDT

TARIKH : 19 SYA'BAAN 1442H
(2 APRIL 2021)

TAJUK : "Amalan soleh bekalan yang cukup berharga"

Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl 
Ayat 97:
 مَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Maksudnya :
       "Sesiapa yang beramal soleh ,dari lelaki atau perempuan ,sedang dia beriman ,maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka,dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”.

1- Bertaqwa kepada Allah SWT.

2- Amalan Soleh merupakan perbuatan baik yang dilakukan sesuai dengan petunjuk Allah SWT yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW. Antara ciri amalan soleh ini ialah amalan yang dilakukan hendaklah berniat ikhlas kerana Allah SWT dan amalan yang dilakukan sesuai serta tidak bercanggah dengan Ajaran Islam yang sebenar.

3- Sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
       “Yang akan mengikut mayat (semasa dihantar ketanah perkuburan ) tiga perkara iaitu : kaum keluarganya, harta dan amalannya. Dua perkara akan pulang (kembali kerumah) iaitu keluarga dan harta. Satu sahaja yang tinggal yang bersamanya Di Alam Barzakh iaitu amalannya”.

4- Antara tanda–tanda amalan soleh itu diterima ialah dimudahkan oleh Allah SWT untuk dirinya mengerjakan amal-amal  soleh yang lain. Jika suatu amalan kebaikan dilakukan dapat melahirkan kebaikan-kebaikan yang lainnya dan menambahkan ketaatan dirinya kepada Allah SWT maka dia akan diberikan hidayah bagi menjalani kehidupan di dunia ini. 

5- Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas Bin Malik Radiallahuanhu bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
       "Sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan kepada seseorang ,dia akan melakukan kebaikan kepada orang tersebut. Apabila Rasulullah SAW ditanya bagaimana Allah memperlakukan kebaikan kepada seseorang itu, baginda menjawab Allah akan memberi petunjuk orang tersebut untuk melakukan amal soleh sebelum kematiannya”.

6- Namun begitu , jika Amalan Soleh yang dilakukan  tidak bertambah dan tidak berkembang kepada kebaikan bahkan amalan yang dilakukan membawa kepada kemungkaran dan kemaksiatan, maka itu antara tanda Amalan Soleh seseorang itu tidak diterima oleh Allah SWT. Antaranya kerana amal soleh tersebut telah dicemari dengan sifat-sifat mazmumah seperti riyak, menunjuk-nunjuk, sombong, takabbur mengharapkan pujian  dan sebagainya.

7- Dalam sebuah hadis yang diriwayatakan oleh Imam Muslim dari Sahak Bin Saad As Saiidi bahawasanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: 
       "Sesungguhnya ada lelaki yang beramal seperti amalan ahli syurga dalam pandangan manusia, padahal dia adalah ahli neraka dan ada juga lelaki yang beramal dengan amalan ahli neraka dalam pandangan manusia, padahal dia adalah ahli syurga”.

8- Oleh itu, sebagai orang yang beriman kita hendaklah berniat ikhlas dan bersungguh-sungguh melipatkaligandakan amalan soleh dalam kehidupan kita. Antaranya dengan memperbanyakkan berzikir kepada Allah S.W.T dan membiasakan diri dengan membaca Al-Quran  serta mengamalkannya di dalam kehidupan kita.

9- Perbanyakkanlah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW dan mengamalkan sunnah-sunnahnya. Perbanyakkan amalan bersedekah dan biasakan diri dengan majlis ilmu serta berusaha memperbaiki diri dengan bertaubat memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala dosa yang dilakukan.

10- Akhir khutbah; 
Ingatlah bahawa setiap amalan yang kita lakukan di dunia akan dihisab di akhirat kelak. Amalan kita akan dibentangkan di hadapan Allah SWT untuk diadili dan Allah SWT tidak akan sekali-kali menzalimi hambanya. Oleh Itu, marilah kita mengisi hari-hari kita dengan meningkatkan keimanan kita dengan memperbanyakkan amalan soleh yang dapat memberi kebaikan kepada kehidupan di Akhirat kelak.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ.

Disediakan oleh :
Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ.


------------------------------------

Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :


Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com

Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah

No comments