Khutbah Jumaat JDT | 30 April 2021 | 18 Ramadhan 1442 | PUASA AMALAN PENYUCIAN JIWA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ
🕌 INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT 🕌
📆 TARIKH : 18 RAMADHAN 1442H/ 30 APRIL 2021
📜 _TAJUK : PUASA AMALAN PENYUCIAN JIWA.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud : "Wahai orang² yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang² yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
1- Bertaqwa kepada Allah SWT.
2- Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak kepada hamba²nya yang berpuasa dalam bulan ramadhan, antara kelebihan puasa ialah dapat menyucikan jiwa seseorang daripada hawa nafsu.
3- Dalam surah al-Syam ayat 10 yang bermaksud: " Dan sesungguhnya kecewalah/hampalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat". Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa punca utama kekotoran jiwa manusia adalah disebabkan perbuatan maksiat atau mungkar yang telah dilakukannya.
4- Apabila seseorang itu berpuasa pada siang hari, nafsunya akan dididik bukan sahaja menahan diri daripada makan, minum dan hubungan kelamin sahaja, akan tetapi ianya juga dapat merawat kekuatan hati dan menundukkan hawa nafsu serta mengawal hati daripada sifat² mazmumah seperti mencaci, mengumpat hasad dengki dan sebagainya.
5- Ketika berpuasa inilah seseorang akan melakukan mujahadah besar dengan melawan nafsu dan sebagai jalan penyucian jiwa yang dapat mengembalikan manusia kepada fitrah.
6- Ini kerana seseorang yang berpuasa kerana Allah SWT akan menjadi hamb Allah yang sebenar dan akan memperolehi ganjaran yang besar disisi Allah SWT.
7- Dalam melaksanakan ibadah puasa ini, agama Islam telah mengajarkan beberapa adab dan cara yang perlu diikuti oleh seseorang bagi memperolehi puasa yang benar² memberi kesan kepada jiwa manusia.
8- .Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin menyatakan puasa terbahagi kepada 3 jenis; Puasa awam( umum), puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.
9- 1. Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat puasa tahap ini seperti puasa orang awam yang bertujuan untuk kesihatan dan sebagainya. 2. Puasa khusus bertujuan menahan atau menghalang seluruh anggota badan daripada melakukan segala perbuatan maksiat yang membawa kepada dosa. 3. Puasa khusus al-khusus iaitu puasa pada tingkatan ini adalah dengan meninggalkan segala hal yang berkaitan dengan duniawi kecuali yang berkait dengan agama. Seluruh hati, fikiran dan perbuatan hanya memikirkan Allah SWT.
10- Akhir khutbah; matilah kita sama² mengambil peluang dalam bulan ramadhan yang mulia ini, untuk kita menyucikan jiwa dengan melakukan ibadah puasa sebaik-baiknya kerana Allah SWT. Kerana ibadah puasa suatu ibadah yang paling berkesan untuk menyucikan dan mendidik jiwa manusia supaya kembali kepada fitrah. Waallahu’alam.
#Disediakan oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ
------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah
No comments