Khutbah Jumaat JDT | 9 April 2021 | 26 Sya'ban 1442 | Perbanyakan Amalan Pada Hari Jumaat
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 09 hb April 2021 | 26 Sya'ban 1442
TAJUK : Perbanyakan Amalan pada Hari Jumaat
1) Hari Jumaat -- penghulu segala hari; hari yg mulia di sisi umat Islam; hari yang Agong dan punya banyak kelebihan & keistimewaan.
2) Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hari Jumaat adalah sebaik-baik dan seagong-agong hari. Di sisi Allah ia lebih utama dari Aidil Adha dn Aidil Fitri. Pada hari itu ada 5 perkara besar iaitu hari Nabi Adam AsS dicipta, hari itu Ia diturunkan ke bumi, pada hari itu Ia diwafatkan, pada hari itu qiamat tiba dan pada hari itu tidaklah Malaikat langit bumi angin gunong dan laut kecuali takut kerana keagongan hari Jumaat".
(HR: Imam Ibnu Majah)
3) Antara kebaikan hari jmaat- solat Jumaat; hari berkumpul umat Nabi Muhammad SAW dalam msjid; solat dan dengar dua khutbah Jumaat; terima wasiat nasihat-nasihat dan doa.
4) Firman Allah Surah Al-jum'ah/9 bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan utk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu), yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".
5) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Pada hari Jumaat para Malaikat hadir di pintu msjid mencatat siapa orang yang datang paling awal dan seterusnya. Orang yg paling awal datang ke msjid seperti orang yang berkorban dgn seekor unta kmudian..........dgn seekor sapi........... dgn seekor kambing bertanduk.......... seekor ayam........... seperti berkorban sebutir telur dan apabila imam sudah keluar utk berkhutbah maka para Malaikat menutup buku catatan mereka kemudian mendengar khutbah".
(HR: Imam Al-Bukhari)
6) Antara kelebihan hari Jumaat- diberi kepada umat Nabi Muhammad SAW; mandi sunnat jmaat; pakai wangi-wangian; pakai pakaian khusus beribadah; suci dan bersesuaian; elak berpakaian bergambar dan ada perkataan kurang elok.
7) Firman Allah Surah Al-i'rof/31 bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat atau (mengerjakn sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas".
8) Tiba di Masjid - niat i'tikaf; solat tahiyatul msjid; baca Al-Quran berzikir berdoa dan berselawat kepada Baginda Nabi SAW.
9) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya diantara hari-hari mu yg paling utama adalah hari Jumaat maka perbanyaklah selawat kpd Ku kerana selawat kalian akan disampaikan kpd Ku".
(HR: Imam Abu Daud)
10) Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Pada hari Jmaat itu ada satu saat, tidaklah seorang muslim mengerjakan solat lalu dia berdoa tepat pd saat tersebut melainkan Allah akan memakbulkn doanya tersebut. Kmudian beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukan sedikitnya saat tersebut".
11) Peringatan mimbar- ambil Fadhilah & kelebihan Jumaat kurnia Allah; jangan sia-siakn kebesaran hari tersebut; jadikannya hari yang khusyuk dalam beribadat; hari dapat pahala berlipat kali ganda berbanding hari-hari lain.
12) Firman Allah Surah Ali-imran/133 bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunn dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yg bertaqwa".
بارك الله لي ولكم ....
------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Visit our Website : www.design4dawah.com Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah
No comments