Design for Dawah. Upah design. Travel & Umrah. Tips Travel.

Tuesday, 26 February 2019

SEAAT BIKE RENTAL RATES

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kita off topic skit. Saja saya nak promo kan bisnes member ni.

Dia buat Bike Rental untuk geng motosikal berkuasa tinggi



BMW F800GS
1-3 Days - RM550/day
4-6 Days - RM440/day
Weekly - RM330/day
Monthly - RM220/day

Triumph Tiger 800XCR
1-3 Days - RM550/day
4-6 Days - RM440g/day
Weekly - RM330/day
Monthly - RM220/day

BMW S1000XR
Comes with BMW Panniers
1-3 Days - RM770/day
4-6 Days - RM600/day
Weekly - RM440/day
Monthly - RM330/day

BMW R1200GS Adventure Oil Cooled
1-3 Days - RM800/day
4-6 Days - RM700day
Weekly - RM550/day
Monthly - RM350/day

BMW R1200GS Liquid Cool
1-3 Days - RM900/day
4-6 Days - RM800day
Weekly - RM660/day
Monthly - RM450/day

BMW R1200R Liquid Cool
1-3 Days - RM900/day
4-6 Days - RM800day
Weekly - RM660/day
Monthly - RM450/day

Moto Guzzi Sport 1200
1-3 Days - RM550/day
4-6 Days - RM440/day
Weekly - RM330/day
Monthly - RM200/day

Ducati Hyper Strada
1-3 Days - RM600/day
4-6 Days - RM500/day
Weekly - RM400/day
Monthly - RM300/day

Refundable Security Deposit RM 2,000. Negotiable if group bookings.

Telephone/Whatsapp : +60123839379
www.seaatresources.com

Other services: motoguide, on the bike camera man, sweeper guide, towing, workshops, emergency necessities in the event of accident, travel insurance, Thailand Insurance, General Insurance.

Riding packages available.

Share:

Monday, 25 February 2019

Slideshow Maulid Dhiya'ulamie



السلام عليكم

Saya share kan slideshow Maulid Dhiya'ulamie untuk kegunaan majlis-majlis Maulidur Rasul sama ada di masjid-masjid, surau-surau, pejabat-pejabat atau mana-mana sahaja majlis Rasulullah.

Share dan sebarkan kepada Muslimin & Muslimat yang lain agar dapat manfaat bersama.



Klik sini untuk DOWNLOAD SLIDESHOW ini.

Kredit kepada kumpulan Nur Ahli Badar.

Semoga bermanfaat. InsyaAllah.


Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

TMJ Tidak Bersetuju Pembinaan Universiti Muhammadiah di Pagoh


Kami rakyat JOHOR menyokong penuh titah DYMM Tunku Mahkota Johor berkenaan pembinaan Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (UHamka) di Pagoh.

Walaupun projek pembinaan kampus ini telah di sokong oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Maszlee Malik, namun, Sultan Johor lebih berhak untuk memutuskan sama ada ia boleh dilaksanakan dalam negeri Johor ataupun tidak.

"Saya tidak bersetuju bagi membina Universiti Muhammadiah di Pagoh pada masa akan datang kerana agama Islam adalah di bawah tanggungjawab negeri iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

Kedua, fahaman ini bercanggah dengan fatwa-fatwa negeri Johor Darul Takzim. Pastinya akan berlaku kekeliruan dan perbalahan di kalangan masyarakat sekaligus boleh menyebabkan perselisihan antara umat islam di Johor." Dipetik dari facebook HRH Crown Prince of Johor.

Ini adalah bersesuaian dengan Resolusi Multaqa Ahlussunnah Wal Jamaah yang telah diadakan pada 27 Nov 2017 bersamaan 7 Rabiul Awal 1439H di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, Johor.


Berikut adalah Resolusi Multaqa ASWAJA JOHOR yang telah berlangsung di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, Johor pada Ahad, 26 Nov 2017 bersamaan 7 Rabiul Awal 1439H.
  1. Multaqa menyokong penuh fatwa / warta kerajaan negeri Johor berkenaan pengharaman wahabi di negeri Johor kerana membawa kepada perpecahan dan kekeliruan umat Islam.
  2. Semua agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu hendaklah memahami, mengamalkan, menghayati secara istiqamah dan mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Al Asy'ariyah & Maturidiyah) sepanjang hayat sehingga hari kiamat.
  3. Semua agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu mesti saling bekerjasama, membantu dan menyokong dari segi kewangan, moral, fasiliti dan pelaksanaan apa sahaja bagi menjayakan sebarang program-program pemerkasaan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Al Asy’airah dan Maturidiah.
  4. Multaqa menyokong sepenuhnya tanpa berbelah bahagi dan menggesa kerajaan negeri Johor untuk mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengekang fahaman wahabi, fahaman yang mempromosi wahabi dan apa-apa fahaman yang berpotensi membolehkan fahaman wahabi berkembang dan tersebar di negeri Johor melalui apa apa medium.
  5. Multaqa bersetuju dan menggesa kerajaan negeri Johor menyemak kembali silibus-silibus aqidah yg diajarkan diperingkat Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, IPT-IPT atau apa sahaja premis pendidikan sama ada milik kerajaan atau swasta agar bebas dari fahaman-fahaman yang boleh menjerumuskan pada fahaman wahabi.

Allah peliharakan Sultan.

Luaskan kuasamua Johor.


Share:

Friday, 22 February 2019

Dzikir Waktu Pagi dari Kitab Bidayatul Hidayah

Dari Kitab Bidayatul Hidayah

Dan hendaklah pula engkau fikirkan susunan waktumu dengan menentukan wirid yang engkau baca disepanjang hari nanti supaya engkau dapat menyempurnakan wirid-wirid yang luput dari sebab kelemahanmu, dan hendaklah engkau fikirkan bagaimana engkau boleh menjaga diri di sepanjang hari dan hendaklah pula engkau berniat untuk membuat kebaikan kepada orang-orang Islam, dan hendaklah engkay bercita-cita bahawa engkau di sepanjang hari nanti tidak membuat sesuatu kecuali hanya taat kepada Allah Taala. Dan hendaklah engkau berniat membuat ketaatan yang termampu engkau laksanakannya, dan hendaklah engkau pilih yang terlebih afdhal di antara segala ketaatan dan hendaklah engkau fikirkan dengan teliti bagaimana cara mempersiapkan kemudahan pelaksanaan ketaatan tersebut. Dan jangan lupa engkau memikirkan bahawa ajalmu itu sangat dekat kepadamu, dan bahawa kematian itu bila-bila sahaja boleh datang memutuskan segala rencanamu, dan bahawa kematian itu di luar daripada ikhtiarmu dan engkau fikirkan juga betapa besarnya kerugian dan penyesalan bagi seseorang yang tidak membuat persiapan untuk matinya.

Dan hendaklah tasbih dan zikirmu itu dibahagikan kepada sepuluh bahagian.



Download PDF : KLIK SINI

Pertama :

لاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Ertinya : “Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Allah yang bersendirian. Tidak ada sekutu bagiNya. Di tanganNya segala kebaikan dan Dia berkuasa atas segala sesuatu”.


Kedua :

لاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ الْمُلْكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ

Ertinya : “Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Allah yang memiliki segala kerajaan dan kebenaran yang menampakkan (jalan yang lurus)”.


Ketiga :

لاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ، رَبُّ السَّمٰوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيْزُ الْغَفَّارُ

Ertinya : “Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Allah yang Maha Esa, lagi Maha Perkasa, Tuhan yang memiliki segala di langit dan dibumi dan barang yang antara keduanya, Tuhan yang Maha Gagah lagi Pengampuni”.


Keempat :

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا وَاللّٰهُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمٌ

Ertinya : “Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah dan tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Allah dan Allah Maha Besar dan tidak ada daya dan upaya kecuali hanya dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Kelima :

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوْحِ

Ertinya : “Maha Suci Allah Taala lagi Maha Bersih (Tuhan kami) dan Tuhan Malaikat dan Jibrail”.


Keenam :

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللّٰهِ الْعَظِيْمِ

Ertinya : “Maha Suci llah dengan segala pujian, Maha Suci Allah Yang Maha Agung”.


Ketujuh :

أَسْتَغْفِرُ اللّٰهِ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ، وَأَسْأَلُهُ التَّوْبَةَ وَالْمَغْفِرَةَ

Ertinya : “Aku meminta ampun akan Allah yang Maha Agung, yang tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Dia, iaitu Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri. Aku memohon kepadaNya akan taubat dan keampunan dosa”.


Kelapan :

اَللّٰهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَاالْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Ertinya : “Ya Allah! Tidak ada yang menghalang bagi apa yang Engkau berikan karunia. Dan tidak ada yang memberi karunia bagi apa yang Engkau halangkan. Dan tidak ada yang dapat
menolak bagi apa sahaja yang Engkau putuskan. Dan tidak memberi manfaat akan sesuatu kekayaan disisiMu oleh orang yang kaya”.


Kesembilan :

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Ertinya : “Ya Allah! Curahkanlah rahman dan salah sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kepada keluarganya dan para sahabatnya”.


Kesepuluh :

بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Ertinya : “Dengan nama Allah yang tidak dapat memberi mudarat dengan berkat disebut namaNya oleh sesuatu yang ada di bumi ataupun di langit.
Dan Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.


Semoga bermanfaat.

Share dan sebarkan
Share:

Thursday, 21 February 2019

Macamana nak register domain atau webhosting?

Mungkin ramai yang masih tercari-cari cara untuk nak register domain dan webhosting. Mungkin ada seorang blogger atau pun menjalankan perniagaan secara online dan memerlukan sebuah domain atau webhosting untuk memantapkan lagi blog atau perniagaan anda. Jom baca sampai habis artikel ini.

Bagi mereka yang baru, aku terangkan skit berkenaan domain dan webhosting ni.

Domain adalah nama bagi website anda yang biasa nya bermula dengan "www" dan diikuti dengan nama website anda dan diakhiri sama ada dengan .com, .org, .my, .net, .biz, .info, .name, .co.uk, .asia, .com.my, .gov.my, .net.my, .mil.my, .edu.my, .name.my, .my. Semuanya ada harga tertentu dan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi.


Setelah anda pilih nama yang sesuai untuk website anda, sila periksa availability nama domain yang anda pilih itu sama ada masih belum digunakan atau pun sudah digunakan oleh orang lain.

Setiap extension nama domain itu ada harga yang tersendiri dan anda boleh pilih bersesuaian dengan budget anda. Paling mudah pilih .com.

Sekiranya anda sudah memiliki blog menggunakan blogspot atau pun wordpress, anda boleh beli domain ini dan ditalakan ke blog anda yang tersedia.

Webhosting pula adalah ruang atau space yang ditawarkan untuk mereka yang ingin membina website bukan menggunakan blogspot atau wordpress yang ditawarkan secara PERCUMA di internet. Webhosting ini lebih sesuai kepada mereka yang lebih suka membangunkan website dari kosong. Harga yang ditawarkan adalah seperti di bawah ini


Harga bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan bagi setiap pakej tersebut. Paling basic dan termurah adalah RM 80 je. Jadi untuk anda yang ingin membeli domain dan webhosting, anda perlu modalkan RM 50 + RM 80 = RM 130. Ini yang paling basic dan dicadangkan untuk mereka yang baru hendak mula.

Sekiranya anda untuk tahu lebih lanjut, bleh KLIK SINI untuk lihat sendiri perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat WEB HOSTING ini.

Selamat mencuba!

Share dan berikan komen anda di ruangan komen. 


Semoga bermanfaat. 

Share:

Wednesday, 20 February 2019

Majlis Raudah Al Jannah

Majlis Raudah Al Jannah
Selawat Nariah 4444

Pada 25 Feb 2019 | Hari Isnin
Masa : 8.45 pagi
Bertempat di Surau Al Fauzan, Taman Tanjung Gading, Tangkak.

Dibimbing oleh :
Al Fadhil Ustaz Haji Fadzil Abd Rahman

Muslimin Muslimat di Jemput Hadir.




Share:

Tuesday, 19 February 2019

Domain WebHosting Provider Terbaik!

Alhamdulillah..

Dapat juga register satu domain untuk blog ini.
www.design4dawah.com


Untuk anda yang sedang mencari-cari service provider Webhosting, bleh klik SINI..

So far, alhamdulillah, aku dh banyak kali subscribe webhosting dengan service provider ni. Customer Service dan support team memang terbaik. Sangat membantu.

Semoga dapat manfaat bersama.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Share:

Friday, 15 February 2019

Daurah Kitab @ Tangkak

Daurah Kitab Karangan Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas

Kitab Risalah Untuk Muslim
Tarikh Mula : 16 Feb 2019 | Sabtu
Masa : Selepas Asar (Sesi 11)
Tempat : Masjid Sultan Ismail, Tg Agas

Masa : Selepas Isyak (Sesi 12)
Tempat : Masjid Sultan Ismail, Tg Agas

Kitab : Islam Faham Agama Dan Asas Akhlak
Tarikh Mula : 17 Feb 2019 | Ahad
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Tempat : Dewan Jabal An Nur, Masjid Bandar Tangkak.

Pembimbing : Al Fadhil Ustaz Syed Muhammad Muhiyuddin Bin Syed Hussein.

Semua Dijemput Hadir!


Share:

Thursday, 14 February 2019

Maulid Akbar Tangkak, Johor

Design untuk Majlis Maulid Akbar "Insan Tauladan Sepanjang Zaman"

Tempat : Masjid Al Amin Bukit Kangkar, Tangkak, Johor.
Tarikh : 17 Feb 2019 | 12 Jamadil Akhir 1440H | Ahad
Masa : 4.30 ptg - 11.00 mlm

Muslimin & Muslimat Di Jemput Hadir







Info & Quotation, please contact 
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com

Share:

Labels

Semasa (254) Upah Design (229) design (226) Tempah Design Murah (211) Design Poster (176) poster (50) Tips (39) Tips Travel (26) Design Logo (22) Logo Design (22) ASWJ (21) Doa (21) Pengajian Kitab (21) logo (19) banner (16) Design Banner (15) Maulidur Rasul (15) Shopee (15) Qasswa Travel & Tours (14) Selawat (14) Vector (14) Johor (13) Masjid Taman Pulai Indah (13) Hari Raya (12) Bisnes (11) Tangkak (11) Design Bunting (10) Kad Ucapan (10) Kelebihan Selawat (10) Trace Logo (10) Jom Travel (9) Majlis Khatam Al Quran (8) Qasswa (8) Rakan Muda (8) backdrop (8) SEAAT (7) BMW (6) Daurah Kitab (6) MTPI (6) Tolak Wahabi (6) Cara Untuk.. (5) Design Backdrop (5) Masjid (5) NGO (5) Rejab (5) Aidilfitri (4) Bunting (4) Design Sticker (4) Design Tshirt (4) Muar (4) Ruqaiyah Batu Pahat (4) Sultan Johor (4) UMNO (4) Umrah (4) Batu Pahat (3) Business Card (3) DASAR (3) Kursus Umrah (3) Maulid Agung Alam Melayu (3) Maulid Akbar (3) Mutiara Kata (3) Ramadan (3) Ramadhan (3) Review (3) Sticker (3) Tahniah (3) Yadim (3) Zikir (3) 1440H (2) Bicara Agama (2) Broucher (2) Buat Duit Online (2) Cuti Sekolah (2) Design Broucher (2) Design FB Header (2) Flyers (2) Hadis (2) Korban (2) Label (2) Logo Masjid (2) MAQAR Desaru (2) Majlis Haul (2) Majlis Ilmu (2) Poster Tangga (2) Produk (2) Qiamullaill (2) Ride (2) Rollup Bunting (2) Segamat (2) Selawat Nariah (2) Sharing (2) Tips Design (2) Tips Umrah (2) Travel (2) Turki (2) Wakaf (2) domain (2) 2025 (1) Advertising (1) Arifa Exclusive (1) BBWJOHOR2019 (1) Bank Pembayaran (1) Big Bad Wolf Johor (1) COVID-19 (1) Canva Template (1) Corona Virus (1) Design Sijil (1) Doodle (1) ESQ (1) Edible Cake (1) Exploration (1) FB Header (1) Fly High (1) Free Market (1) Gelombang Haba (1) Habib Umar Al Jailani (1) Habib Umar Bin Hafiz (1) Hadith (1) Haji (1) Huion (1) Huion H950P (1) Iftar Perdana (1) Illustration (1) Illustrator (1) Infografik (1) Israk Mikraj (1) Istighfar Rejab (1) Kad Kahwin (1) Kemboja (1) Khat (1) Khatam Al Quran Perdana (1) Korea (1) Kuliah PMaghrib Perdana (1) Kuliah Subuh (1) Larnyard (1) MAINJ (1) Majalah (1) Majlis Raudah Al Jannah (1) Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Skudai (1) Masjid Baitul Rahman (1) Maulid Agung (1) Melaka (1) Meteorologi Malaysia (1) Monogram (1) Motor Trip (1) Muhammad (1) Multaqa (1) Mydin (1) Mydin Mutiara Rini (1) New Year (1) Pagoh (1) Pasir Gudang (1) Pen Tablet (1) Pencemaran Alam (1) Perdana Menteri Malaysia (1) Portrait (1) Poster Selawat (1) Program Cuti Sekolah (1) Pulau Besar (1) Qurban (1) Ratib Al Haddad (1) Selawat Syifa (1) Sheikh Abdul Qadir Al Jailani (1) Sijil (1) Sindrom Down (1) Sindrom Down Negeri Johor (1) Skudai (1) SlideShow (1) TMJ (1) TV9 (1) Tabung Haji (1) Tarbiah (1) Template (1) Testimoni (1) Thaipusam (1) Tip Kesihatan (1) Trip (1) UTHM (1) Vast Travel (1) Wanita (1) Waqaf (1) Warung Talk (1) Wirdul Latif (1) Yemen (1) Zam Zam (1) baner (1) featured (1) pakaian kanak-kanak (1) png (1) webhosting (1)

Blog Archive