Design for Dawah. Upah design. Travel & Umrah. Tips Travel.

Saturday, 9 March 2019

Stress Nak Cari Kerja



Assalammualaikum

Aku terpanggil dengan berita yang baru-baru disiarkan "Tikam diri akibat tekanan, tiada kerja"

Ya Allah. Sampai macam itu sekali tekanan seorang belia berusia 32 tahun bertindak diluar fikiran manusia yang berakal sehingga sanggup membunuh diri. Tahukah anda bahawa membunuh diri ini adalah berdosa besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah.

Allah sedang memberi dugaan kepada kita dan ia adalah bersesuaian dengan kita kerana DIA sendiri Maha Mengetahui segala tentang kita. Oleh itu, hendaklah kita bersabar dan sentiasa berusaha dan bertawakkal kepada DIA.


KEPADA FRESH GRADUATE

Kepada fresh graduate yang baru habis belajar dan ingin mencari kerja, Hantar la resume anda ke mana sahaja yang anda mahu dan mampu. Sementara menunggu pekerjaan yang anda betul-betul minat, buatlah kerja yang boleh mendatangkan pendapatan untuk sementara waktu. Buanglah ego anda sedikit. Yang paling penting, jangan tinggal solat!!

Solat itu PENTING!

Lakukan amal ibadat yang lebih. Seperti berselawat, lakukan solat-solat sunat, bersedekah.

Jika anda dapat dipanggil untuk sesi interview, bangunlah awal, bersiap, solat sunat subuh, solat subuh berjemaah, salam tangan kedua ibu bapa sebelum keluar rumah dan sentiasa berselawat dan bertawakal. Perbetulkan dan niat anda untuk mencari kerja. InsyaAllah, moga Allah berikan lebih dari apa yang kita minta.

KEPADA YANG BARU DI BUANG KERJA 

Kepada yang baru dibuang kerja atau mungkin berhenti sebab tempat kerja lama yang mungkin tidak sesuai dengan anda, lakukanlah yang sama seperti di atas.

Jaga SOLAT!
Sentiasa tambah dan perbaiki amal kita. Dan sentiasa berdoa dan berzikir kepada ALLAH.

SEBENAR

Sebenarnya banyak peluang kerja yang ada dan mungkin anda minat atau tidak.
Contohnya, anda boleh buat kerja di rumah secara online. Anda boleh cuba dengan www.jobdirumah.com . Yang penting anda ada ekses internet dan komputer di rumah.

Atau anda mungkin boleh cuba untuk bekerja di negara jiran kita Singapura. Satu pilihan yang bijak. Ia tak jauh. Anda boleh tinggal di Johor Bahru dan bekerja di sana. Peluang kerja di sana seperti Bus Captain, cleaner, kerja di port, pest control, pemandu lori dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, tidaklah susah sangat untuk nak dapatkan kerja di sana, cuma cabarannya lebih. Anda akan terima gaji dalam SingDollar secara puratanya SGD $1800.00 . Jika anda convert jadi RM 5,415.79 (www.xe.com)

Cuma letihnya bila anda perlu checkpoint kastam Singapura, anda perlu peruntukkan 2 jam pergi dan 2 jam balik untuk perjalanan menggunakan motosikal setiap hari. Bayangkan anda perlu habiskan 4 jam masa setiap hari untuk perjalanan yang kurang 20 km di Tambak Johor.

Tinggal di Johor lebih menjimatkan dari anda menyewa di Singapura. Untuk pekerja dari Malaysia, majikan di sana tidak menyediakan asrama. Mereka hanya menyediakan asrama untuk PRC yang datang bekerja di situ. Jadi untuk orang Malaysia, kalau nak tinggal di sana, sewa sebuah bilik kecil sudah mencecah SGD $600.00 bersamaan RM1,805.30 .

Macamana nak cari kerja di Singapura?

Nanti aku share lagi. Insyallah.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Thursday, 7 March 2019

Majlis Haul Sultan Ariffin @ Syeikh Ismail bin Abdul Qadir Al Jailani, Pulau Besar, Melaka | 1hb April 2019



MAJLIS HAUL SULTAN ARIFFIN @ SYEIKH ISMAIL BIN ABDUL QADIR AL JAILANI PULAU BESAR, MELAKA pada 1hb April 2019

BERSAMA TETAMU ISTIMEWA HABIB UMAR AL JAILANI DARI MAKKAH AL MUKARAMAH







PENGENALAN
SIAPA SULTAN AL-ARIFFIN @ SHEIKH ISMAIL BIN ABDUL QADIR AL JAILANI?
1.   Nama sebenar beliau ialah Ismail bin Abdul Qadir. Gelar tambahan ‘Sultan al-Ariffin Sheikh’ adalah penghormatan yang diberikan kepada beliau oleh muridnya di dalam tradisi Sufi. Beliau adalah Sheikh Tariqah Qadiriyyah, Naqsyabandiyyah, Shattariyyah dan Jistiyyah.

2.   Sheikh Ismail dilahirkan pada 17 Rabiul Awwal 867H/1463M di Baghdad dan meninggal dunia di Pulau Besar, Melaka pada 17 Rabiul Awwal 925H/1520M ketika berumur 58 tahun.

3.   Beliau adalah cicit kepada Sultan al-Awliyaa Sheikh Abdul Qadir Jilani (470H/1077M – 561H/1166M). Sheikh Abdul Qadir adalah keturunan ke 14 dari RasuluLlah s.a.w. Maka Sheikh Ismail adalah keturunan ke 18 dari RasuluLlah s.a.w.
4.   Sheikh Ismail beserta gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan abangnya Sheikh Ibrahim beserta 13 orang yang lain dari Baghdad sampai ke Pulau Besar pada 1495M. Mereka adalah peneroka yang pertama yang membuka Pulau Besar untuk dijadikan pusat perkembangan dakwah di Alam Melayu. Kemudiannya beberapa lagi para pendakwah datang dari Syria, Yaman dan Semenanjung Arab sehingga jumlahnya seramai 43 orang yang menghidupkan Pulau Besar sebagai Pusat Perkembangan Dakwah Alam Melayu.
5.   Menariknya, kesemua 43 pendakwah ini (ada yang mengatakan kesemuanya wali Allah belaka) meninggal di Pulau Besar. Cuma makam yang telah dikenal pasti hanyalah 4 makam iaitu Makam Sheikh Ismail, Sheikh Yusuf, Sheikh Ibrahim dan Sarah (anak Sheikh Yusuf yang berkahwin dengan Sheikh Ibrahim).
6.   Sheikh Ismail dikatakan mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki, dua perempuan. Malangnya maklumat mengenai mereka belum diketahui setakat ini.
7.   Sejarah kedatangan Sheikh Yusuf dan rombongan ke Pulau Besar amatlah menarik untuk difahami.Ketika beliau berumur 7 tahun, bapanya telah bermimpi agar pergi menziarahi Makam RasuluLlah s.a.w. Ketika di Makam RasuluLlah s.a.w., mereka telah diarahkan oleh Baginda agar pergi melakukan dakwah ke Alam Melayu. Adapun bagaimana komunikasi ini berlaku, samada melalui mimpi atau ilham tak usah kita polemikkan di sini.

8.   Kemudian, apabila Sheikh Ismail sudah dewasa iaitu sekitar awal 30an, kali ini beliau sendiri bermimpi untuk segera ke Makam RasuluLlah di Madinah. Ketika menziarahi Makam Baginda, Sheikh Ismail mendapat arahan serupa untuk segera berdakwah ke Alam Melayu.(Kisah terperinci sila baca Buku ini).

9.   Sheikh Ismail dan rombongan seramai 16 orang pertama kali sampai di Pulau Besar pada tahun 1495M ketika berumur 32 tahun. Mereka segera menjadikan Pulau tersebut sebagai Markas Dakwah dan Tarbiah.

10.   Ketika kehadiran mereka di Pulau Besar, Kesultanan Melayu Melaka ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (1488 – 1528M), Sultan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ketangan penjajah Portugis pada 1511.



SUNAN BONANG DAN SUNAN GIRI BERGURU DI PULAU BESAR
11.   Dikatakan juga dua orang Wali Songo atau dalam Bahasa Melayu Wali Sembilan yang terkenal dengan penyebaran Islam di Pulau Jawa, iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri pernah datang untuk berguru di Pulau Besar dengan Sheikh Ismail yang juga di kenali sebagai Wali Lanang. Berkat ilmu yang dipelajari, kedua mereka pulang ke Pulau Jawa, lantas membuka pesantren atau pondok bagi tujuan penyebaran Islam di Pulau Jawa yang masih dikuasai oleh Kerajaan Majapahit yang menganut agama Hindu/Buddha.
12.   Hasil dakwah yang gigih dari Wali Songo ini, maka pada tahun 1517, Kerajaan Majapahit tumbang dan digantikan dengan Kerajaan Islam Demak yang menjadi pemangkin kepada penyebaran Islam ke seluruh Kepulauan Indonesia. Berdasarkan maklumat ini, bolehlah dikatakan bahawa Pulau Besar mempunyai saham di dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu sebagaimana yang diamanahkan kepada Sheikh Ismail.
13.   Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 terubat dengan tertegaknya Kerajaan Islam Demak yang diasaskan oleh Wali Songo pada 1517.

SHEIKH ISMAIL MENINGGAL DUNIA
14.   Sheikh Ismail kembali ke RahmatuLlah pada tahun 1520 ketika berumur 58 tahun setelah mengabdikan diri dengan amanah dakwah yang dipesan oleh RasuluLlah s.a.w. melalui ilham atau mimpi selama 25 tahun di Pulau Besar. Makamnya adalah testimoni akan pengabdian yang mutlak kepada Allah ta’ala di dalam melaksanakan amanah dakwah yang sangat dituntut oleh ajaran Islam.

15.   Cuma yang membuatkan saya sedikit terkilan ialah setakat ini belum ditemui akan titisan ilmu yang beliau wariskan di dalam bentuk buku untuk dikaji dan didalami oleh para pendakwah masa kini. Kita harus memahami juga berbanding dengan Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel,Nuruddin ar-Raniri di Acheh, mereka hidup ketika Kerajaan Islam telah tertegak yang memungkinkan buku dapat ditulis dan diterbitkan. Sedangkan Sheikh Ismail datang ke Melaka, ketika Kerajaan Melaka menghadapi krisis dalaman yang parah kesan dari hukuman bunuh terhadap Bendahara Melaka yang berkaliber oleh Sultan Mahmud Syah kerana termakan fitnah. Akibatnya, Melaka jatuh.

OLEH AHMAD AZAM

------------------------------------

Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Khat Nama Nabi Muhammad SAW | Vector



Tulisan khat nama Nabi Muhammad SAW untuk digunakan dalam poster anda.

Sila download format EPS dan share kan.

Klik SINI untuk download.

Semoga bermanfaat


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Doa Pada Bulan Rejab



Marhaban Ya Rejab..

Semoga kedatangan bulan Rejab ini akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa.. InsyaAllah..
Rejab adalah blan permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat.

REJAB sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihannya tersendiri. Ambillah peluang ini untuk mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. InsyaAllah. Amiin.


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Kitab Doa Khatam Al-Quran


Kitab Du'a Khatam Al-Quran

Imam Ali Zainal Abidin & Du'a Ibu Bapa Imam Abil Hibb
Diterjemahkan Oleh Shaykh Imran Angullia Al Hafidz

Di dalam kitab ini telah dibawakan bersama sebuah du'a yang agung yang dikarang oleh cicit Rasulullah ﷺ sendiri. Diikuti pula dengan sebuah lagi du'a yang sanga bermakna kepada semua ibu bapa yang dikarang oleh Muhammad bin Ahmad bin Abil Hibb Al Hadrami. Mutiara-mutiara permintaan dari Allah boleh anda dapati dalam kedua-dua du'a tersebut. Juga diletakkan tanda garisan di bawah bahagian-bahagian du'a tertentu sebagai panduan ma'amum mengikuti pembacaan.

Harga senaskah : RM10.00

Untuk Pertanyaan dan tempahan, sila hubungi / whatsapp :

Davina : https://www.wasap.my/60149839335/KITABKHATAMALQURAN


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Kitab Safinatu An Naja



Kitab Safinatu An Naja
Bersuci, Solat, Pengurusan Jenazah, Zakat dan Puasa.

Dikarang oleh Asy-Sheikh Salim bin Sumair
Diterjemahkan oleh : Shaykh Imran Angullia Al Hafidz

Ini adalah sebah kitab Safinatun Naja yang mana memperjelaskan hal perihal ibadah. Setiap orang yang menganggap dirinya mengikut Madzhab Shafi'ie, haruslah dia mempelajari kitab ini pada bimbingan guru-guru yang bertauliah. Di dalam kitab ini, dijelaskan hal perihal bersuci, beserta rukun-rukuqqqqqwnnya, melakukan solat serta syarat-syarat sahnya, berpuasa dan perkara-perkara yang membatalkanmya yang perlu diketahui oleh setiap muslim.

Harga senaskah ialah RM 10.00

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi :
Davina  : https://www.wasap.my/60149839335/KITABKHATAMALQURAN

Semoga bermanfaat!

------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Wednesday, 6 March 2019

Perhatikan Peristiwa-peristiwa Akhir Zaman Sebagaimana Yang Disenaraikan! Kita Sangat Hampir!



Mari sama-sama kita perhatikan peristiwa-peristiwa akhir zaman sebagaimana yang disenaraikan, manakah lagi yang belum kita saksikan?

Apakah kita sudah cukup persiapan?
Jangan lagi kita lengahkan, apa jua jenis bekalan.
Ia semakin hampir mendekat datang.
Tinggal menanti saat-saat kemunculan detik yang lebih mendebarkan.
Moga Allah anugerahkan kita keselamatan, taufiq dan bimbingan.

Rujukan: Kitab 40 Hadis Akhir Zaman, Susunan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.


  1. Perselisihan yang banyak.
  2. Celaka (binasa) bagi bangsa Arab.
  3. Umat Islam ramai, tetapi lemah. Seperti buih di lautan kerana cinta dunia, takut mati.
  4. Kewafatan ramai alim ulama dan hilang ilmu bersama hilangnya ulama.
  5. Umat Islam mengikuti langkah Yahudi dan Nasrani.
  6. Muncul golongan anti hadis.
  7. Sentiasa ada golongan umat Muhammad s.a.w. yang menang. (Walaupun dalam kebejatan fitnah, akan tetap ada golongan memperjuangkan agama Allah).
  8. Umat Islam ditimpa penyakit umat terdahulu (Banyak bersuka ria, terlalu mewah, kumpul harta, tipu dalam merebut harta, saling memarahi dan dengki mendengki).
  9. Islam kembali asing.
  10. Hidup penuh kemewahan (sering bertukar pakaian dan makanan bersilih ganti dihidangkan).
  11. Budaya rasuah berleluasa.
  12. Hilang sifat amanah.
  13. Orang baik berkurangan, sedangkan yang jahat bertambah ramai.
  14. Iman, tidak mampu diselamatkan, kecuali lari membawa diri dari puncak gunung ke puncak gunung lainnya, dan dari satu gua ke gua lainnya.
  15. Wanita berpakaian, tapi bertelanjang.
  16. Orang tidak peduli sumber hartanya.
  17. Riba melata, hingga debunya pun tidak mampu dielak.
  18. Peminum arak, menamakannya bukan arak. Minum sambil diiringi muzik dam biduanita.
  19. Lelaki lebih sedikit berbanding wanita.
  20. Hamba menjadi tuan dan bangunan pencakar langit berdiri megah.
  21. Ahli ibadahnya jahil, ulamanya fasiq.
  22. Orang yang berpegang pada agamanya, umpama memegang bara api.
  23. Pengkhianat dikatakan jujur dan yang jujur dikata khianat.
  24. Harta melimpah ruah, timbul fitnah (ujian kepada iman) dan banyak terjadi peperangan.
  25. Waktu terasa singkat.
  26. Akan banyak lombong galian dan orang jahat yang akan menguasainya.
  27. Tanah Arab yang tandus menjadi subur.
  28. Pagi beriman, petang kafir.
  29. Beribadah di waktu kemelut dunia yang dahsyat, seperti berhijrah kepada Rasulullah.
  30. Peperangan di sekitar sungai Furat (Iraq).
  31. Tiada imam untuk solat berjemaah.
  32. Ulama tidak dipedulikan.
  33. Islam pada nama sahaja.
  34. Ilmu agama Islam dan al-Quran akan diangkat. Hanya dapat mengucap syahadah, namun tidak memahami tuntutannya (tidak melaksanakan tuntutan Islam). 
  35. 15 maksiat yang menurunkan bala:
    1. Harta kekayaan negara berlegar di kalangan orang tertentu sahaja.
    2. Amanah dijadikan sumber keuntungan. 
    3. Zakat dijadikan hutang. 
    4. Suami mengikut kemahuan isteri. 
    5. Anak derhaka kepada ibu. 
    6. Sedangkan dia berbuat baik dengan temannya. 
    7. Anak menjauhkan diri dari ayahnya.
    8. Suara-suara ditinggikan di Masjid. 
    9. Yang menjadi ketua suatu kaum, orang yang terhina di kalangan mereka. 
    10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 
    11. Minuman keras, diminum di segenap tempat. 
    12. Sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 
    13. Artis disanjung.
    14. Muzik banyak dimainkan. 
    15. Generasi kemudian, menyalahkan generasi terdahulu dari mereka. 
  36. Penularan penyakit kerana zina berleluasa. Sulit mencari rezeki dan pemimpin zalim kerana mengurangkan ukuran dan timbangan.
  37. Berlaku kehancuran, lantaran mensia-siakan amanah (menyerahkan suatu urusan bukan pada ahlinya).
  38. Bermegah dengan bangunan masjid.
  39. Mencari keuntungan dunia dengan menjual agama (berpura-pura zuhud demi perhatian manusia dan manis berbicara namun hatinya serigala).
  40. Berhaji dan umrah, bukan kerana Allah. (Orang kaya berhaji untuk berhibur, yang berpendapatan sederhana pergi untuk berniaga, ulama pergi kerana menunjuk dan sum’ah dan yang fakir pula, berhaji sambil meminta-minta).
  41. Memberi salam hanya kepada orang yang dikenali, perniagaan maju dan pesat hingga wanita keluar bekerja, ramai orang memutuskan silaturrahim, banyak saksi palsu, menyembunyikan kesaksian yang benar dan banyak kemudahan alat tulis. 
  42. Golongan Ahlussunnah wal jamaah adalah golongan yang selamat.
Semoga kita semua berada dalam golongan yang selamat.. Amiin Ya Rabb!


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

JANGAN KAU HINA NABI KAMI!


JANGAN KAU HINA NABI KAMI!
JANGAN KAU HINA AGAMA KAMI!

BANGKIT LAH SEMUA!
DIA SUDAH HINA BAGINDA RASULULLAH SAW!


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Tuesday, 5 March 2019

Kelebihan Amalan Bulan Rejab



Awal malam bulan Rejab adalah salah satu malam pengabulan Do'a. Nabi Muhammad ﷺ :

إن الدعاء يستجاب فى خمس ليال فى ليلة الجمعة وليلة الأضحى وليلة الفطر واول ليلة من رجب وليلة نصف الشعبان.
Ertinya:
"Sungguh Do'a akan dikabulkan pada 5 (lima) malam, iaitu :
1. Malam Jumaat
2. Malam Hari Raya Aidil Adha
3. Malam Hari Raya Aidil Fitri
4. Malam Pertama Bulan Rejab
5. Malam Nisfu Sya'ban (malam kelima belas bulan Sya'ban)"

{Keterangan dari kitab "As-Sunanul Kubra", karya Imam Al-Baihaqi: 3 / 319, cetakan "Darul Fikr", Beirut, Lebanon}

Selain itu, ada 3 (tiga) Hadis Rasulullah ﷺ di dalam Kitab "Al-Hawi lil Fatawi", karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi: 1 / 352, cetakan "Darul Fikr", Beirut, Lebanon tentang keutamaan Puasa di bulan Rejab, iaitu:


1. (HR Anas), Rasulullah ﷺ bersabda :

ان فى الجنة نهرا يقال له رجب. ماؤه أبيض من اللبن وأحلى من العسل. من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر.
Ertinya :
"Sungguh di dalam surga terdapat sebuah sungai yang disebut Rajab. Airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barangsiapa Puasa sehari di bulan Rajab, maka Alloh akan memberi minum dari air sungai itu."


2. (HR Anas), Rasululloh ﷺ. bersabda:

من صام من شهر حرام الخميس والجمعة والسبت كتب له عبادة سبعمائة سنة.
Ertinya :
"Barangsiapa Puasa di bulan Harom, yaitu hari Kamis, Jum'at dan Sabtu, maka akan ditulis baginya ibadah 700 (tujuh ratus) tahun."


3. (HR Ibnu Abbas), Rasulullah ﷺ bersabda:

من صام من رجب يوما كان كصيام شهر ومن صام منه سبعة أيام غلقت عنه أبواب الجحيم السبعة ومن صام منه ثمانية أيام فتحت له أبواب الجنة الثمانية ومن صام منه عشرة أيام بدلت سيئاته حسنات.
Ertinya :
"Barang siapa Puasa sehari di bulan Rajab, bagaikan Puasa sebulan. Barang siapa Puasa 7 (tujuh) hari di Bulan Rejab, maka 7 (tujuh) Pintu Neraka jahim dikunci gembok. Dan, barang siapa Puasa 8 (lapan) hari di Bulan Rajab, maka 8 (lapan) Pintu Surga dibuka. Juga, barang siapa Puasa 10 (sepuluh) hari di bulan Rejab, maka amal-amal buruknya diganti dengan amal-amal baik."

Selain itu, Rasululloh ﷺ bersabda :

من صام ثلاثة أيام من شهر حرام، الخميس والجمعة والسبت كتب له عبادة سنتين.
Ertinya :
"Barang siapa Puasa 3 (tiga) hari di bulan Haram (Dzulkaedah, Dzul-Hijjah, Muharram, dan Rejab),  iaitu Puasa hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu, maka dituliskan baginya ibadah 2 (dua) tahun."


------------------------------------
Email : design4dawahmalaysia@gmail.com
Share:

Labels

Semasa (254) Upah Design (229) design (226) Tempah Design Murah (211) Design Poster (176) poster (50) Tips (39) Tips Travel (26) Design Logo (22) Logo Design (22) ASWJ (21) Doa (21) Pengajian Kitab (21) logo (19) banner (16) Design Banner (15) Maulidur Rasul (15) Shopee (15) Qasswa Travel & Tours (14) Selawat (14) Vector (14) Johor (13) Masjid Taman Pulai Indah (13) Hari Raya (12) Bisnes (11) Tangkak (11) Design Bunting (10) Kad Ucapan (10) Kelebihan Selawat (10) Trace Logo (10) Jom Travel (9) Majlis Khatam Al Quran (8) Qasswa (8) Rakan Muda (8) backdrop (8) SEAAT (7) BMW (6) Daurah Kitab (6) MTPI (6) Tolak Wahabi (6) Cara Untuk.. (5) Design Backdrop (5) Masjid (5) NGO (5) Rejab (5) Aidilfitri (4) Bunting (4) Design Sticker (4) Design Tshirt (4) Muar (4) Ruqaiyah Batu Pahat (4) Sultan Johor (4) UMNO (4) Umrah (4) Batu Pahat (3) Business Card (3) DASAR (3) Kursus Umrah (3) Maulid Agung Alam Melayu (3) Maulid Akbar (3) Mutiara Kata (3) Ramadan (3) Ramadhan (3) Review (3) Sticker (3) Tahniah (3) Yadim (3) Zikir (3) 1440H (2) Bicara Agama (2) Broucher (2) Buat Duit Online (2) Cuti Sekolah (2) Design Broucher (2) Design FB Header (2) Flyers (2) Hadis (2) Korban (2) Label (2) Logo Masjid (2) MAQAR Desaru (2) Majlis Haul (2) Majlis Ilmu (2) Poster Tangga (2) Produk (2) Qiamullaill (2) Ride (2) Rollup Bunting (2) Segamat (2) Selawat Nariah (2) Sharing (2) Tips Design (2) Tips Umrah (2) Travel (2) Turki (2) Wakaf (2) domain (2) 2025 (1) Advertising (1) Arifa Exclusive (1) BBWJOHOR2019 (1) Bank Pembayaran (1) Big Bad Wolf Johor (1) COVID-19 (1) Canva Template (1) Corona Virus (1) Design Sijil (1) Doodle (1) ESQ (1) Edible Cake (1) Exploration (1) FB Header (1) Fly High (1) Free Market (1) Gelombang Haba (1) Habib Umar Al Jailani (1) Habib Umar Bin Hafiz (1) Hadith (1) Haji (1) Huion (1) Huion H950P (1) Iftar Perdana (1) Illustration (1) Illustrator (1) Infografik (1) Israk Mikraj (1) Istighfar Rejab (1) Kad Kahwin (1) Kemboja (1) Khat (1) Khatam Al Quran Perdana (1) Korea (1) Kuliah PMaghrib Perdana (1) Kuliah Subuh (1) Larnyard (1) MAINJ (1) Majalah (1) Majlis Raudah Al Jannah (1) Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Skudai (1) Masjid Baitul Rahman (1) Maulid Agung (1) Melaka (1) Meteorologi Malaysia (1) Monogram (1) Motor Trip (1) Muhammad (1) Multaqa (1) Mydin (1) Mydin Mutiara Rini (1) New Year (1) Pagoh (1) Pasir Gudang (1) Pen Tablet (1) Pencemaran Alam (1) Perdana Menteri Malaysia (1) Portrait (1) Poster Selawat (1) Program Cuti Sekolah (1) Pulau Besar (1) Qurban (1) Ratib Al Haddad (1) Selawat Syifa (1) Sheikh Abdul Qadir Al Jailani (1) Sijil (1) Sindrom Down (1) Sindrom Down Negeri Johor (1) Skudai (1) SlideShow (1) TMJ (1) TV9 (1) Tabung Haji (1) Tarbiah (1) Template (1) Testimoni (1) Thaipusam (1) Tip Kesihatan (1) Trip (1) UTHM (1) Vast Travel (1) Wanita (1) Waqaf (1) Warung Talk (1) Wirdul Latif (1) Yemen (1) Zam Zam (1) baner (1) featured (1) pakaian kanak-kanak (1) png (1) webhosting (1)

Blog Archive